seismik

JEMiSys Tawar Inovasi Teknologi Pintar & Perisian Barang Kemas Pertama Di Malaysia

Perisian JEMiSys membantu memudahkan pemain industri terutama dalam sistem rekod dan inventori setiap item barang kemas.

Cover image via JEMiSys

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam era digitalisasi yang semakin berkembang, industri barang kemas di Malaysia kini tidak lagi bergantung kepada kaedah tradisional dalam pengurusan inventori dan transaksi

Salah satu pemacu utama transformasi ini ialah JEMiSys Technologies Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi tempatan yang menjadi perintis dalam penyediaan perisian khusus untuk perniagaan emas dan perhiasan sejak 2006.

Sebelum kewujudan sistem yang lengkap seperti JEMiSys, kebanyakan pemain industri barang kemas bergantung kepada pencatatan manual yang mudah terdedah kepada kesilapan, kehilangan data, dan juga risiko kecurian.

Pengarah JEMiSys, Ted Chow

Image via JEMiSys

Dengan adanya perisian bersepadu seperti JEMiSys POS & ERP, keseluruhan proses pengurusan stok, transaksi jual beli, malah pengesanan lebihan emas selepas pemotongan, kini dapat direkodkan dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Menurut Pengarah JEMiSys, Ted Chow, inovasi ini bukan sekadar meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga mengurangkan kos tenaga kerja serta meminimumkan risiko penipuan.

"Sistem ini bukan sahaja memastikan ketelusan dalam pengurusan emas, tetapi juga memudahkan audit tahunan dengan penyepaduan e-invois," jelasnya.

JEMisys menawarkan integrasi menyeluruh dan automasi pintar

Sistem JEMiSys disepadukan dengan e-dagang, perakaunan, serta automasi harga emas berdasarkan pasaran semasa, yang membolehkan perniagaan menguruskan operasi mereka dengan lebih cekap.

"Teknologi kami juga berasaskan awan (cloud-based) walaupun Pelanggan-Pelayan (Client-Server), membolehkan pemilik perniagaan memantau operasi dari mana-mana sahaja.

"Pada masa yang sama, paparan muka mesra pengguna kami memudahkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk menggunakan sistem dengan lebih mudah.

"Saya yakin mengatakan perisian ini memberi kemudahan dan keberkesanan sehingga 80% ketepatannya, dalam masa sama ia juga mampu mengurangkan kos tenaga kerja," ujarnya.

Image via JEMiSys

Selain itu, sistem ini juga dilengkapi dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) untuk pengesanan stok yang lebih sistematik.

RFID membolehkan pemilik perniagaan mengesan lokasi dan pergerakan barang kemas secara automatik, mengurangkan risiko kehilangan serta memastikan kecekapan operasi yang lebih tinggi.

Jelasnya lagi, JEMiSys dalam proses memohon pensijilan patuh syariah kerana memahami urusan jual beli emas bagi yang beragama Islam dan sebahagian sumbangannya kepada masyarakat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: