Jenama K-Beauty Dr.Ceuracle Tembusi Pasaran Malaysia, Tawar Formulasi Vegan Kombucha

Rangkaian penuh produk Dr.Ceuracle kini boleh didapati secara rasmi di lebih 150 cawangan Guardian di seluruh negara.

Cover ImageCover image via Dr.Ceuracle

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasaran kecantikan tempatan melakar satu lagi detik menarik apabila jenama penjagaan kulit dermatologi popular dari Korea Selatan, Dr.Ceuracle, secara rasmi membuat kemunculan sulungnya di Malaysia menerusi acara pelancaran eksklusif bertemakan The Future of Skincare yang berlangsung di B'york KL dengan kerjasama Guardian Malaysia

Majlis berkenaan menghimpunkan wakil pengurusan kanan Dr.Ceuracle Korea, BIJU Group, dan Guardian Malaysia, di samping lebih 80 pengamal media, editor kecantikan, serta pencipta kandungan (content creators).

Dihoskan oleh bekas Miss World Malaysia, Alexis SueAnn, acara berprestij itu memperkenalkan kepakaran sains kulit Dr.Ceuracle menerusi pembentangan pakar, demonstrasi langsung penjagaan wajah, serta empat Zon Eksplorasi (Discovery Zones) interaktif.

SAYS.com
Image via Dr.Ceuracle
SAYS.com
Image via Dr.Ceuracle

Nama Dr.Ceuracle terhasil daripada gabungan perkataan "cosmeceutical" dan "miracle", mencerminkan komitmen jenama berkenaan dalam menghasilkan solusi penjagaan kulit berkesan berteraskan falsafah "Curing Skin, Caring Beauty."

Simbol peratus pada logonya yang dikenali sebagai "Seed Mark" menggabungkan lambang ketepatan sains perubatan dermatologi dengan benih alam, menterjemahkan dua pendekatan utama jenama iaitu Natural Derma yang berasaskan sains botani dan K-Aesthetics Derma yang menumpukan formula aktif sasaran.

Rasai sendiri inovasi gabungan sains dermatologi canggih dan kebaikan bahan semula jadi

Ketua Pegawai Eksekutif Dr.Ceuracle Korea, Sangmyung Kim menzahirkan keterujaan membawa jenama itu ke Malaysia bagi membolehkan penggemar kecantikan tempatan merasai inovasi gabungan sains dermatologi canggih dan kebaikan bahan semula jadi.

Sentimen tersebut disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif BIJU Group, Joanna Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif Fusion Cosmetics, David Leow, yang menegaskan bahawa kolaborasi kukuh bersama Guardian Malaysia menjadi tunjang penting dalam membawakan produk berkualiti tinggi yang diasaskan oleh pakar dermatologi terkemuka Korea kepada pengguna tempatan.

Menerusi zon penerokaan yang disediakan, tumpuan utama diberikan kepada produk signature Vegan Kombucha Tea Essence yang menggabungkan teh fermentasi bersama minyak bernutrisi, selain Jeju Matcha Tea Essence.

SAYS.com
Image via Dr.Ceuracle
SAYS.com
Image via Dr.CeuracleImage via

Para tetamu turut diperkenalkan kepada siri ampul dwi-aktif K-Aesthetics merangkumi Vegan Niacin & Rice, Vegan BHA & Matcha, PDRN & Retinol Shot, dan Glutathione & NMN, serta rangkaian 5α Control yang dirumus khas untuk mengawal lebihan minyak dan liang pori tersumbat di mana amat bersesuaian dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia.

Kini, rangkaian penuh produk Dr.Ceuracle boleh didapati secara rasmi di lebih 150 cawangan Guardian di seluruh negara serta menerusi platform dalam talian Guardian Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS