12 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dijual Di Kantin Sekolah Yang Anak Anda Makan Hari Ini
'Healthy Children, Healthy Nation'
Kantin sekolah adalah tempat utama yang akan dikunjungi pelajar-pelajar menjelang waktu rehat. Yelah, waktu ni lah pelajar-pelajar nak mengisi perut yang sedang lapar tu.
Teringat lagi kami sewaktu zaman sekolah, memang macam-macam makanan yang dijual di kantin. Kalau rapat sikit dengan makcik kantin, ada rezeki akan dapatlah makanan free Hehe..
Namun, buat ibu bapa di luar sana, pernah atau tidak anda bertanyakan makanan apa yang dimakan oleh anak-anak anda di sekolah? Adakah anda pasti anak anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat?*
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan yang dilarang untuk dijual di sekolah yang mungkin kita semua tak tahu.
Jom ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Azimah Zainal ketika beliau menghadiri pelancaran kempen #SukuSukuSeparuh di Melaka ini:
Tahukah tuan/puan bahawa terdapat jenis-jenis makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah?
Sesekali cuba tengok di kantin sekolah anak-nak tuan/puan masih adakah makanan sebegini di jual untuk anak-anak kita.
Ayuh mari sama-sama ambil peduli dan sama-sama bantu untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan pemakanan sihat untuk kanak-kanak. Lets fight obesity
Healthy Children, Healthy Nation.
9. Produk konfeksi ais dan aiskrim
Post ini telah mendapat lebih 17 ribu perkongsian di Facebook. Bagaimanapun, kebanyakan netizen mempertikaikan senarai makanan tersebut.
Menurut mereka, makanan sebegini bukan saja ada dijual di kantin malah di koperasi termasuklah dijual oleh guru-guru sekolah sendiri.
Rata-rata pengusaha kantin juga turut terkesan dengan senarai tersebut. Ada yang mengatakan sewa kantin agak mahal dan sekiranya banyak makanan yang tidak boleh dijual, ia akan menjejaskan perniagaan mereka.
Ini termasuk juga para ibu bapa yang mempersoalkan kemampuan anak-anak untuk membeli makanan-makanan sihat yang kebanyakannya lebih mahal.
Makanan seperti buah-buahan dan minuman susu kotak adalah antara jualan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual ini telah dimasukkan ke dalam Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).