Jerebu: Operasi Sekolah Melibatkan 5 Negeri Termasuk KL & Putrajaya Diarah Tutup Hari Ini

Difahamkan, negeri lain beroperasi mengikut takwim persekolahan.

Cover ImageCover image via Bernama & NSTP/Aswadi Alias

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lima negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menutup operasi sekolah mulai hari ini, 9 Oktober susulan situasi jerebu semasa

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, perkara itu hanya membabitkan lima buah negeri iaitu semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin di Pahang.

Manakala operasi sekolah di negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tetap beroperasi seperti biasa.

SAYS.com
Image via Image via NSTP/Aswadi Alias

Pihak terlibat akan terus memantau keadaan semasa bagi membuat persediaan untuk tindakan selanjutnya

Menurut Fadhlina, pihaknya telah meminta semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan.

"Saya juga memahami bahawa sebarang keputusan penutupan sekolah memberi kesan kepada urusan harian ibu bapa.

"Masa yang akan datang, kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan," jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa perlu terus cakna mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan JPN masing-masing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: