seismik

Jerebu 'Ragut' Nyawa Bayi 4 Bulan Dan Warga Emas Di Indonesia. NGO Gesa Jokowi Bertindak

Sampai bila nak biarkan?

Cover image via

Asap jerebu tebal yang membelenggu Sumatera dan Kalimantan, Indonesia sejak minggu lalu dipercayai telah meragut nyawa seorang bayi berusia 4 bulan

Bayi terbabit, Elsa Fitaloka meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan ketika sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Ar-Rasyid pada Ahad, 15 September 2019.

Seorang anggota majlis perbandaran Desa Talang Buluh, Banyuasin, Argus Darwanto mengesahkan kematian ini kepada Detik News.

Pihak hospital percaya bahawa kematian Elsa berkemungkinan tinggi berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan atau bakteria

Image via kosmo.com.my

"Namun ia masih belum dimuktamadkan kerana belum ada pemeriksaan lanjut.

“Elsa mula sesak nafas pada malam Sabtu dan masih dirawat di rumah. Ia berlaku pada waktu sama asap tebal memenuhi kampung iaitu pada 11 malam.

Melihat keadaannya yang semakin parah pada pagi Ahad, dia dirujuk ke rumah sakit Ar-Rasyid di Palembang dan meninggal dunia,” kata Agus.

Selain Elsa, seorang warga emas berusia 59 tahun juga ditemui mati di bawah pokok

Mangsa, Helmy Omar dilapor menghilangkan diri selama satu hari sebelum ditemui meninggal dunia di daerah Rimbo Panjang pada Ahad.

Beberapa NGO menyelar tindakan Indonesia yang dilihat telah melanggar hak asasi manusia kerana gagal mengawal kebakaran di Sumatera dan Kalimantan

Image via astroawani.com

Penyelaras NGO Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindak Kekerasan (KontraS), Yati Andriani berkata pihaknya turut menerima laporan bahawa beberapa wanita hamil di pedalaman Kalimantan Tengah menghadapi kesulitan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. 

"Ini bukan sekadar asap jerebu yang menghalang penglihatan.

"Banyak hak asasi manusia telah dilanggar - hak untuk mendapat akses kepada udara bersih, kesihatan, mobiliti tanpa sekatan dan pendidikan," katanya.

NGO menuntut Presiden Jokowi untuk bertindak mendedahkan senarai lengkap syarikat dan konsesi perladangan yang dikesan menyebabkan kebakaran

Image via bharian.com.my

Syarikat-syarikat ini diminta untuk menggalakkan akauntabiliti telus, dan memberikan respon kecemasan yang mencukupi kepada penduduk yang terjejas oleh jerebu yang teruk.

Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Indonesia, rumah kepada hutan hujan tropika ketiga terbesar di dunia, bergelut untuk membendung kebakaran yang melanda Sumatra dan Kalimantan kerana menghadapi musim kering yang lebih lama daripada biasa pada tahun ini.

Dari Januari hingga Ogos, kawasan terbakar berjumlah 328,724ha, di mana 27.3 peratus adalah tanah gambut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahun 2015 dulu pun teruk juga:

Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia sendiri bertindak?

You may be interested in: