Lelaki Ini Mulakan Gerakan ‘Kipas’ Jerebu Balik Ke Negara Jiran, Siap Dengan Pelan. Lawak!
Jika dilakukan secara kolektif, idea ini mungkin boleh berjaya!
Setiap tahun kita pasti terpaksa menghadap masalah jerebu
Masalah jerebu kini dilaporkan terjejas teruk pada beberapa negeri. Bahkan beberapa sekolah di Sarawak juga diarahkan tutup ekoran tahap udara sangat tidak sihat.
Fenonema jerebu ini telah memberi impak yang buruk terhadap kesihatan. Semakin tinggi tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), semakin tinggi kesan terhadap kesihatan diri manusia antaranya kesukaran untuk bernafas, jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan, serangan jantung, kegatalan pada tekak, mata serta kulit.
Masalah pencemaran udara ini juga dikatakan berlaku akibat kebakaran hutan di Indonesia, yang dipercayai membawa jerebu ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.
Terbaru, seorang pemuda telah tampil mengemukakan satu action plan untuk 'kembalikan' semula jerebu ke negara punca.
Caranya? Menggunakan kipas.
Menggunakan medium Twitter untuk berkongsikan pelan tindakannya, @lamkanahraf atau Farhan menggesa orang ramai untuk membawa keluar sebarang sahaja bentuk kipas yang ada demi 'meniup' semula jerebu ke negara jiran.
Memilih 16 September atau Hari Malaysia sebagai tarikh pelaksanaan misinya, Farhan percaya sekiranya seluruh rakyat Malaysia sama-sama bergabung, secara kolektif misi ini akan berjaya.
Bukan itu sahaja, Farhan turut merangka pelan gerakan tiupan angin kipas dengan rapi untuk pengetahuan rakyat Malaysia yang tinggal baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
Buat yang tidak mempunyai kipas juga boleh segera membelinya dengan tawaran menarik!
Idea ini juga sebenarnya pernah dicetuskan oleh kartunis tempatan kita, Dato' Lat!
Ternyata, idea Farhan ini telah menarik perhatian ramai sehingga mendapat hampir 14 ribu retweets dan 7 ribu likes serta pelbagai reaksi dari netizen.