Sebab Cuak Dikejar Anjing, Budak Lelaki Ini Terus Lompat Masuk Kereta Orang. Lawak Habis!
Lawak, memanglah lawak. Tapi bahaya sebenarnya main masuk kereta 'stranger' ni!
Siapa je yang tak pernah kena kejar anjing waktu kecil-kecil dulu?
Tengah syok kayuh basikal dengan kawan-kawan dekat taman perumahan, tiba-tiba kena nyalak dengan anjing.
Waktu itu kita pun tunjuk berani, nyalaklah balik ke anjing itu. Tak pasal-pasal anjing tu terus kejar. Kita pun apa lagi? Gerun dan cuak, terus kayuh basikal laju-laju memang tak fikir apa dah waktu itu yang penting selamat tak kena gigit dengan anjing.
Baru-baru ini, tular satu video seorang budak lelaki dikejar anjing yang benar-benar menggamit memori zaman muda-mudi kita dulu
Siapa sangka, video berdurasi 0.45 yang dikongsikan pengguna Twitter @Istajib_Mokhtar itu berjaya menarik perhatian warganet kerana sehingga kini telah mendapat lebih 125 ribu tontonan, 9 ribu retweets, dan 5 ribu likes.
Video tersebut memaparkan seorang budak lelaki yang sedang dalam ketakutan apabila terserempak dengan seekor anjing bewarna perang ketika sedang berbasikal di kawasan perumahannya.
Oleh kerana terlalu cemas dikejar anjing berkenaan, budak tersebut terus meninggalkan basikalnya lalu menuju ke sebuah kereta milik seorang wanita yang kebetulan berada di situ untuk meminta pertolongan.
Terhibur melihat telatah budak itu, wanita tersebut bertindak bukan sekadar merakam, malah siap disakatnya budak itu.
Yang lawaknya, disebabkan terlalu panik, budak itu terus melompat masuk ke dalam kereta wanita yang tidak dikenalinya itu melalui tingkap.
Bukan wanita itu sahaja yang terkejut, penonton yang tonton video pun turut terkejut!
Lihat video penuh di bawah:
Ternyata, ramai warganet yang geli hati melihat gelagat spontan budak lelaki itu serta cara wanita tersebut menyakatnya.
Antara komen yang ditinggalkan pengguna Twitter:
Tengok banyak kali pun tetap rasa budak tu comel
Bukan budak tu je, ramai yang takut anjing sebenarnya
Ada juga yang mula mengimbau kenangan kena kejar anjing
Eh, tak aci lah yang petik team bola adik tu!
Lawak, memanglah lawak. Tapi bahaya sebenarnya main masuk kereta stranger ni!