Jerebu Semakin Merebak, Kualiti Udara Di Sarawak & Selangor Kini Di Paras Tidak Sihat

Kurangkan aktiviti luar!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Selangor telah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS)

Menerusi laporan Bernama, jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan di Sarawak pada pagi ini meningkat kepada sembilan.

Berdasarkan APIMS, kawasan berkenaan ialah Kuching (161), Samarahan (161), Serian (179), Sri Aman (155), Sarikei (155), Sibu (158), Mukah (156), Bintulu (142) dan Samalaju (141).

Di Semenanjung, Johan Setia di Selangor menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 153.

Sementara itu, 57 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana manakala Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis masing-masing merekodkan bacaan pada tahap baik.

SAYS.com
Image via Bernama

Bacaan tidak sihat bermula pada kadar 101

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 amat tidak sihat manakala bacaan melebihi 301 sebagai tahap bahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam notis ramalan cuaca signifikan memaklumkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan kawasan di Borneo termasuk Sarawak hingga 14 Ogos.

MetMalaysia memaklumkan pengaruh angin dari arah selatan serta jumlah titik panas yang dijangka kekal tinggi di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan terutama di selatan Sarawak.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan Maklumat terkini dan sahih.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: