seismik

“Saya Rasa Bersalah Pada Diri Sendiri, Setiap Masa Saya Nangis Sebab Teringat Pada Mereka”

“Saya tidak mampu buat apa-apa melainkan menjerit meminta tolong kerana kejadian berlaku dengan begitu pantas." - Norhayati Abdul Halim

Cover image via SAYS via SInar Harian

"Maafkan saya, tak mampu tolong"

Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang jiran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Norhayati Abdul Halim, 46, ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya

Image via Sinar Harian

Beliau meluahkan perasaan sedih dan berasa amat terkilan kerana tidak mampu membantu menyelamatkan pelajar yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.

“Saya nak minta maaf kepada semua ibu bapa pelajar yang terkorban.

“Saya tidak mampu buat apa-apa melainkan menjerit meminta tolong kerana kejadian berlaku dengan begitu pantas.

"Saya juga gagal masuk ke tahfiz sebab api sedang marak di bahagian pintu,” katanya dalam keadaan sebak.

Beliau yang juga seorang ibu kepada 6 orang anak itu mengakui masih terbayang lambaian tangan pelajar-pelajar di tingkat tiga pusat tahfiz tersebut meminta tolong

Image via Astro Awani

“Bila berseorangan, saya teringat detik itu dan masih terngiang-ngiang jeritan kuat mereka minta tolong.

“Saya rasa bersalah pada diri sendiri, setiap masa saya menangis kerana teringat pada mereka,” katanya.

Norhayati yang menjalankan perniagaan dobi serta menjual pisang goreng bersama salah seorang anaknya di hadapan rumah berkata, pelajar-pelajar tahfiz itu sememangnya rapat dengannya dan anak-anak sehingga ada yang memanggilnya ibu.

Menurut Norhayati, tiga daripada pelajar terkorban tiba-tiba meminta untuk mengait mangga jiran sebelah rumahnya, petang sebelum kejadian

“Saya pelik sebab mangga tu muda, tapi mereka kata teringin sangat nak makan dengan nasi. Jadi kami kait mangga bersama-sama selepas mereka selesai beriadah di taman berdekatan.

“Saya tak dapat dengar lagi suara mereka mengaji dan berzikir beramai-ramai setiap pagi dan malam.

“Malah anak, Mohd Ikhwan Muslim, 7, dan cucu, Muhamad Erfan Budi Arman, 9, juga hilang sahabat ajar mereka mengaji,” katanya.

Sumber: Sinar Harian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: