seismik

Jiwa Amal Lancar #BantuBreffa Buat Yazid Biaya Kos Rawatan Hidap Kanser Lidah Tahap 4

Disangka luka ulser, rupa-rupanya kanser.

Cover image via

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Luka akibat tergigit lidah sewaktu tidur setahun lalu menjadi permulaan kepada detik hitam dalam hidup Mohd Yazid Baharudin, 40

Tiada siapa menyangka, luka itu membawa kepada penyakit kanser lidah di mana dia disahkan menghidap kanser lidah tahap empat pada November lalu.

Selepas menjalani pemeriksaan, dia disahkan menghidap kanser tahap dua pada Julai sebelum disahkan menghidap tahap empat.

Pengasas Jiwa Amal Malaysia, Syed Zainal Abidin Jamalullail berkata, Mohd Yazid memerlukan kos rawatan kanser berjumlah RM150,000 bagi meliputi kos rawatan semasa, kos pembedahan brakiterapi serta kos rawatan selepas pembedahan.

"Bercakap merupakan perkara paling penting dalam kerjayanya sementelah dia bertugas di bahagian pemasaran syarikat pelancongan dan umrah. Malah dia juga seorang yang ceria dan sangat suka bercakap.

"Pada Julai lalu, dia memberi gambar kepada kami dan menunjukkan bantalnya penuh dengan darah. Waktu itu kami fikirkan ia adalah ulser namun apabila dia berkongsi foto kedua yang menunjukkan keadaan lidahnya waktu itu. Kami tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Yazid memerlukan pembedahan segera agar sel kanser tidak merebak ke bahagian lain yang boleh mengancam nyawanya," katanya berharap orang ramai dapat membantu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban.

Pengasas Jiwa Amal Malaysia, Syed Zainal (tengah) bersama Mohd Yazid mendengar penerangan Dr Muhammad Yusri Musa.

Image via Jiwa Amal Malaysia - JIWA (Facebook)

Yazid dijangka akan menjalani prosedur pembedahan pada 23 Disember ini di IPPT USM Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang

Sementara itu, Pakar Otorinolaringologi & Surgikal Brakiterapi di Insititut Perubatan Dan Pergigian Termaju Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia IPPT USM, Dr Muhammad Yusri Musa berkata, pihaknya mencipta kaedah rawatan kanser lidah tanpa menjejaskan fungsi tubuh atau melibatkan pemotongan lidah pesakit.

"Kami menawarkan kaedah yang dipanggil sebagai HyBIRT atau ‘Hybrid Barchytherapy-Intensity Modulated Radiotherapy’ di mana rawatan ini ditawarkan kepada semua pesakit yang tidak mahu dibedah dan tidak boleh dibedah.

"Rawatan ini akan membantu merawat kanser tersebut tanpa melakukan pembedahan atau pemotongan kepada lidah. Kaedah ini telah ditemui lima tahun lepas sebagai salah satu kaedah alternatif untuk merawat kanser lidah," jelasnya.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang prihatin akan nasib yang menimpa Mohd Yazid.

Image via Jiwa Amal Malaysia - JIWA (Facebook)

Yazid dijangka akan menjalani prosedur pembedahan pada 23 Disember ini di IPPT USM Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan bagi rawatan Mohamad Yazid boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Ambank Jiwa Amal Malaysia (8881-0591-3663-6) atau hubungi Jiwa Amal Malaysia di talian WhatsApp 019-3770361.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: