Jobbie, Lotus’s & MAKNA Lancar 20,000 Balang Edisi Terhad Pink Wobbly Breast Odyssey

Kempen ini bertujuan membawa pendidikan kesihatan payudara lebih dekat dengan komuniti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SEISMIK

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama tempatan JOBBIE menggandakan kempen Pink Wobbly Breast Odyssey pada Pink Oktober dengan mengeluarkan 20,000 balang edisi terhad ke seluruh negara untuk membawa pendidikan kesihatan payudara lebih dekat kepada rakyat Malaysia

Dilancarkan dengan kerjasama bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Lotus's Malaysia, kempen ini bakal berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2026 untuk mengumpul dana bagi mendukung MAKNA. la adalah rentetan daripada kerjasama pertama antara JOBBIE dan MAKNA pada tahun 2024, semasa ia memperkenal 5,000 balang edisi terhad.

Ketua Bahagian di MAKNA, Nisha Sanita berkata dana yang terkumpul melalui kempen tersebut akan mendukung usaha MAKNA dalam membantu pesakit kanser yang memerlukan, terutamanya yang kurang berkemampuan.

"Setiap pembelian menyumbang kepada usaha ini, mengingatkan kita bahawa sekecil sokongan boleh membawa makna bagi pesakit kanser. Di sebalik setiap sumbangan adalah seorang insan, sebuah keluarga, dan sebuah perjalanan yang wajar untuk mendapat sokongan," katanya.

Pengarah Perkhidmatan Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Baizura Azmel berkata pihak mereka mempunyai peluang tersendiri menerusi kempen ini dalam membantu menyediakan wadah perbualan kesihatan yang penting dengan lebih mudah.

"Melalui kempen ini, kami ingin menggalakkan lebih banyak kesedaran mengenai kesihatan payudara di samping menyediakan platform kepada pelanggan kami untuk menyokong MAKNA dan berdiri teguh bersama individu dan keluarga yang terjejas akibat kanser," katanya.

SAYS.com

Ketua Bahagian di MAKNA, Nisha Sanita.

Image via SEISMIK

Bawa pendidikan kanser dengan lebih luas

Kunci utama inisiatif ini adalah Balang Pink Wobbly Breast Odyssey juga digelar sebagai 'Balang Harapan', menampilkan ilustrasi payudara di samping maklumat berkenaan tanda-tanda am dan simptom melibatkan kanser payudara.

Reka bentuknya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan payudara sambil memastikan subjek utama mudah difahami dan dibincangkan.

SAYS.com
Image via SEISMIK
SAYS.com
Image via SEISMIK

Kempen ini membantu membawa pendidikan kanser menjangkau institusi perubatan tradisional dan lebih mesra rakyat.

Pelancarannya, didukung oleh IOl City Mall sebagai penaja lokasi, turut menampilkan Trak Kesedaran MAKNA, menawarkan pengalaman interaktif AR dan VR, di samping konsultasi kesihatan payudara percuma, serta penilaian risiko di khemah MAKNA yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini akan tersedia di lOl City Mall dari 2-4 Oktober 2026.

SAYS.com
Image via SEISMIK

Sepanjang kempen selama tiga bulan dari Oktober hingga Disember 2026, RM1 daripada setiap balang Pink Wobbly Breast Odyssey akan disalurkan ke MAKNA, dengan JOBBIE mensasarkan 20,000 balang dan sumbangan sebanyak RM20,000.

Balang edisi terhad ini boleh didapatkan secara eksklusif di semua cawangan Lotus's di seluruh negara, dan lokasi terpilih akan menganjurkan kempen kesedaran JOBBIE X MAKNA menampilkan aktiviti kempen dan hadiah edisi terhad dengan pembelian, sementara stok masih ada.

Kempen ini dikatakan menawarkan langkah mudah untuk menyokong usaha terbabit melalui pilihan harian. Dengan memilih Balang Pink Wobbly Odyssey, mereka membantu mengumpul dana untuk MAKNA di samping memberi kesedaran awam kepada masyarakat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: