seismik

Jom Ajak Keluarga Buka Puasa Bufet Ramadan Di Hilton KL, Siap Ada Martabak Wagyu!

Dengan tema 'Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini'.

Cover image via Hilton KL

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan bertemakan 'Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini', Hilton KL tampil menyajikan bufet Ramadan yang menyelerakan buat tahun ini

Ajak seisi keluarga anda untuk berbuka di sini, bufet Ramadan ini akan diadakan di Restoran Vasco's, Hilton KL sehingga 9 April.

"Kami sangat gembira untuk menyajikan bufet Ramadan Merentasi Tradisi, Sajian Dulu dan Kini di Vasco's. Hidangan ini bukan sekadar tentang menikmati pelbagai rasa, ia merupakan perayaan warisan bersama kita dari generasi kita hingga Generasi Z yang bersemangat tentang budaya makanan dan trend," kata Linda Pecoraro, Pengurus Besar, Hilton Kuala Lumpur.

Image via The Yum List

Terdapat 14 gerai yang menyiapkan makanan secara live tau!

Ini bukan saja memastikan anda mendapatkan hidangan yang dimasak segar, panas, dan memuaskan malah merupakan salah satu langkah strategik untuk meminimumkan pembaziran makanan.

Bufet Ramadan Vasco's menawarkan makanan yang sedap-sedap belaka. Dari hidangan klasik seperti Rendang Pedas Ayam Kampung dan Sup Gear Box Air Tangan Chef Jamsari hingga makanan sampingan seperti Roti John & Martabak Wagyu dan Kambing Golek Berempah Morocco. Fuh, dengar pun dah terliur!

Image via googleapis.com

Bukan setakat itu, banyak lagi hidangan favourite seperti Soft Shell Crab, Sotong, Udang, Ketam Bunga Cili, Burung Puyuh Berempah dan Cucur Udang. 

Pilihan yang wajib cuba termasuk Salmon Noway Daun Pisang, Popiah Basah Lobster, Bubur Lambuk Terengganu, Kambing dan banyak lagi. 

Untuk dessert, anda boleh menikmati Serawa Pulut Durian Musang King, Puding Diraja dan Durian Goreng!

Hilton KL kali ini mengadakan kempen Ramadan Hijau Hilton KL, selaras dengan inisiatif untuk melestarikan alam

Bufet Ramadan ini menampilkan 70% bahan tempatan. Mereka akan meminimumkan penggunaan plastik sekali guna sepanjang proses pengeluaran bufet. Mereka juga telah melaksanakan sistem Winnow untuk mengukur dan menguruskan pembaziran makanan.

Para juru masak Vasco's akan  mencatat data harian ke dalam LightStay, sebuah sistem yang dibangunkan untuk mengira dan menganalisis prestasi kelestarian sepanjang operasi Hilton KL.

Selain itu, Vision Waste Disposal Sdn Bhd akan memastikan semua sisa-sisa biodegradasi dikumpulkan dan dihasilkan menjadi biogas untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui.

Image via Hilton KL

Kempen ini juga mempunyai beberapa objektif

Pendidikan melalui hidangan
Untuk memberikan pencerahan tentang signifikan sejarah hidangan Ramadan tradisional sambil memperkenalkan rakyat Malaysia kepada trend terkini. 

Meraikan kepelbagaian 
Kempen ini menyediakan hidangan tradisi autentik dalam setiap masyarakat di Malaysia untuk meraikan pelbagai rasa dan landskap masakan Malaysia.

Komitmen ESG
Hilton KL memberi keutamaan kepada amalan lestari sepanjang operasi hotel untuk memastikan pengurangan sisa pembuangan makanan. Selain itu, Hilton KL juga mencari alternatif untuk penyelesaian mesra alam supaya dapat menyumbang kepada planet dan masyarakat yang lebih sihat.

Tunggu apa lagi? Jom tempah sekarang sementara masih ada promo!

Waktu operasi:
Setiap hari (6.30pm hingga 10.30pm)

Harga:
Dewasa (RM258 nett)
Kanak-kanak (RM128 nett)

Harga early birds:
- Beli 3 Percuma 1 (untuk dine-in mulai 6 April hingga 9 April)
- Beli 5 Percuma 1 (untuk dine-in mulai 18 March hingga 5 April)

*Tertakluk pada hari Isnin hingga Jumaat saja.

Untuk info lebih lanjut, sila layari laman web di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: