seismik

"Jom Explore More" - Singapura Tawar Pelbagai Restoran Makanan Halal Buat Pelancong

Tunggu apa lagi, jom melancong ke Singapura!

Cover image via EHL Insight & Zomato (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Singapore Tourism Board.

Anda ingin melancong ke luar negara tetapi tidak mahu perjalanan yang lama? Melancong ke Singapura adalah jawapannya

Tahukah anda, perjalanan dari Malaysia ke Singapura hanya mengambil masa kurang satu jam jika anda menaiki penerbangan.

Oleh itu, Singapura menjadi destinasi pelancongan yang tepat untuk para pengembara Muslim lawati terutamanya sekitar hujung minggu yang panjang dan cuti sekolah. Singapura menawarkan pelbagai acara santai yang sesuai dengan pengembara Muslim, di samping menawarkan pengalaman baharu dan segar.

Cuba sesuatu yang baru dengan melawat kejiranan menarik lain seperti Changi, Geylang Serai, Dempsey dan Tanjong Pagar, selain dari daerah Bugis dan Kampung Gelam yang merupakan kejiranan wajib dilawati bagi para pengembara Muslim.  

Bukan itu sahaja, pengangkutan awam yang disediakan di Singapura juga antara yang terbaik di dunia, jadi perjalanan anda akan lebih mudah dan cepat.

Image via Visit Singapore

Tawar banyak tempat makan menarik berkonsepkan muslim-friendly

Selain daripada keunikan bandar dan pengalaman menarik anda di sana. Khas bagi pelancong Islam, anda tidak perlu risau untuk mencari makanan halal di Singapura.

Ini kerana, di Singapura sebenarnya banyak kedai dan restoran yang menawarkan makanan halal. Jadi, anda boleh menikmatinya tanpa ragu-ragu.

Selain daripada kedai makanan popular yang sering menjadi tumpuan, tahukah anda sebenarnya ada banyak kedai makanan halal dan muslim-friendly menarik di Singapura.

Jom kita explore bersama antara kedai makan yang menarik di Singapura:

Tash Tish Tosh (Halal)

Image via Tash Tish Tosh
Image via Google

Inovasi masakan tempatan Singapura, tulang merah dicipta semula khas daripada Tash Tish Tosh. Mereka menyajikan masakan Amerika berinspirasikan Melayu. Rasakan keenakkan daging tulang merah yang direndam selama 12 jam di dalam rebusan resepi asal restoran dengan herba dan rempah ratus tempatan.

Campuran rahsia rempah-rempah dan resipi keluarga terpelihara mereka memberikan kesegaran tambahan rasa Singapura dengan budaya masakan di dalamnya. Selain itu, mereka mempunyai pembuka selera, burger, pasta, subwich, stik, ikan dan pencuci mulut.

Alamat:
50 Kandahar St, Singapura 198900
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
Laman web: https://www.tashtishtosh.com/

The Great Mischief (Halal)

Image via Sethlui
Image via Sethlui

Alami keindahan menjamu selera anda hanya di The Great Mischief yang terletak di National Gallery Singapore. Untuk anda yang pertama kali memasuki restoran ini, anda akan terpukau dengan dekorasi mereka yang cantik dengan hiasan dalaman berwarna pastel, aksen emas dan mempunyai lampu neon beserta jubin biru. Suasana yang segar mempunyai keseimbangan yang baik di antara seni warisan dan moden.

Alamat: #01-17 National Gallery Singapore, 1 St Andrew's Rd, Singapura 178957
Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam
Laman web: https://www.thegreatmischief.sg/

The White Label (Halal)

Image via The White Label

Restoran Perancis Halal di Kampong Gelam ini telah ditubuhkan pada tahun 2020. Restoran ini terkenal dengan gabungan inovatif hidangan Perancis klasik dengan gabungan perisa Malaya tempatan. Menu ini disusun di bawah bimbingan Ketua Chef Kumpulan, Nelson Chua yang secara rasminya daripada pertubuhan terkenal seperti Les Amis, Au Petit Salut, dan Atout.

Alamat:
101 Jln Sultan, #01-02 The Sultan, Singapura 199002
Waktu operasi: Makan tengah hari (11:00 pagi hingga 4:30 petang) | Makan malam (5:30 petang hingga 10:00 malam)
Laman Web: https://thewhitelabel.sg/about/

Segar Restaurant (Halal)

"Segar" bermaksud "Fresh" dalam bahasa Melayu. Sesuai dengan namanya, mereka percaya dengan hanya menyajikan bahan-bahan segar dan masakan Asia Halal.

Ditubuhkan pada tahun 2009, Segar bermula di sebuah kedai di kawasan tengah Bedok yang menyajikan masakan gaya Thai-Cina yang lazat. Mereka kemudian mula mengisi kekosongan atas permintaan halal untuk masakan ala Cina. Kini, mereka telah berkembang menjadi 3 cawangan di The CBD, Yishun dan Timur!

Alamat:
Chinatown Point, 133 New Bridge Rd, #B2-39/40/41, Singapura 059413
Waktu operasi: 11:30 pagi hingga 9:30 malam
Laman web: https://www.instagram.com/segarrestaurant/

Tongue Tip Lanzhou Beef Noodle (Chinatown Point) (Halal)

Di Tongue Tip Lanzhou Beef Noodles, anda boleh memilih hidangan anda dengan memilih ketebalan dan bentuk mi serta pilihan asas kering atau sup. Dapur terbuka mereka membolehkan anda melihat pakar mi menarik ketulan doh ke dalam untaian mi yang panjang dan elegan.

Alamat:
Chinatown Point, 133 New Bridge Rd, #B2-39/40/41, Singapura 059413
Waktu operasi: 11:00 pagi hingga 9:30 malam
Laman web: https://www.instagram.com/tonguetipbeefnoodles/?hl=ms

Snack at The French American Bakery (Milik Muslim)

Cuba anda bayangkan sedang menikmati croissant yang baru dibakar, digandingkan pula dengan coklat panas marshmallow. Memang gabungan yang serasi! Kafe ini telah diasaskan oleh duo dinamik Aishah dan suaminya. Bagi peminat bakeri, kafe yang terletak di Haji Lane ini adalah salah satu tempat makanan yang wajib anda cuba!

Alamat: 49 Haji Lane, Singapura 189242
Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang
Laman web: https://www.instagram.com/thefrenchamericanbakery/?hl=ms

Julie Bakes (Milik Muslim)

Julia Bakes memang pakar dalam hidangan tradisional. Mereka menawarkan makanan yang terdiri daripada biskut sehingga kepada kek. Malah, anda boleh menikmati kek dalam pelbagai perisa buah dan kuih.

Alamat: 28 Bussorah Street Singapore 199446
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (12 tengah hari sehingga 8 malam)
Laman web: https://www.instagram.com/juliebakes/?hl=en

rrooll (Halal)

rrooll adalah kedai cinnamon rolls yang pertama di Singapura. Mereka menawarkan hidangan yang dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan juga rasa yang sangat sedap. Resipi rahsia mereka terbukti menjamin tekstur yang ringan dan gebu, dilengkapi dengan topping yang sempurna. Jadi, tidak hairanlah kenapa ia menjadi pilihan ramai.

Alamat:
78 Airport Boulevard, #B2-266, Singapura 819666
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari
Laman web: https://www.instagram.com/rrooll.sg/?hl=en

The Pink House (Halal & Muslim-friendly)

Apabila bercakap tentang makanan mesra halal, antara tempat yang wajib anda pergi semestinya di Arab Street. Di sini ia menempatkan banyak kafe dan kedai makan yang disahkan halal dan milik Muslim. The Pink House terletak di tengah-tengah kawasan dengan sebuah bangunan berwarna pink yang menarik perhatian.

Alamat: 114-120 Arab Street, Singapore 199809
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (12 tengah hari hingga 8 malam)
Laman web: https://www.instagram.com/thepinkhouse.sg/

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom bercuti bersama keluarga anda di Singapura hujung minggu ini! :)

Untuk maklumat lanjut, layari www.visitsingapore.com bagi info terkini mengenai destinasi pelancongan di Singapura atau klik sahaja di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik