seismik

Jom Ronda & F&N Nak Agihkan 65,000 Unit Minuman Percuma Sempena Hari Kebangsaan Ini. Wow!

Jangan lupa temui krew Jom Ronda dan F&N dari 31 Ogos hingga 18 September ini.

Cover image via Jom Heboh (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh F&N Malaysia.

Sempena sambutan Hari Kebangsan yang ke-65 tahun ini, F&N ingin mengimbau kembali memori anda semua dengan memberikan ganjaran istimewa

Berkolaborasi bersama Jom Ronda, F&N bakal memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anda dengan pelbagai produk minuman keluaran mereka.

Umum sedia maklum, F&N adalah salah satu jenama yang digemari ramai dan telah berada dipasaran selama lebih 139 tahun. Malah, F&N juga memiliki peminatnya yang tersendiri.

F&N juga telah menghasilkan pelbagai produk yang menjadi barangan pilihan para pengguna seperti minuman isotonik nombor 1 di Malaysia iaitu 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS, F&N Magnolia, F&N ICE MOUNTAIN, susu tin F&N dan banyak lagi.

Jadi pilihan utama rakyat Malaysia, ‘Dulu, Kini, Selalu F&N’

F&N dan Jom Ronda nak belanja 65,000 unit minuman kegemaran anda!

Istimewa buat anda semua, F&N dan Jom Ronda ada lebih 65,000 unit minuman untuk diedarkan bermula dari tarikh 31 Ogos hingga 18 September pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat di sekitar Lembah Klang.

Bukan itu sahaja, Hot FM Zoomers juga akan turut serta bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini. Buat para pendengar Hot FM stay tuned untuk pengumuman lokasi yang bakal dikunjungi F&N dan Jom Ronda ya.

Upacara flag-off telah diadakan di Balai Berita, Bangsar bersama-sama dengan selebriti jemputan seperti Nabil Aqil, Aman Aziz, Sharul Kamal, Afieq Shazwan, Ahmad Adly, Fiza Thomas dan ramai lagi sebagai tanda bermulanya konvoi F&N dan Jom Ronda.

Jom memeriahkan lagi kempen Jom Ronda dan F&N sempena Hari Kebangsaan tahun ini!

Jangan lupa untuk serbu konvoi Jom Ronda dan dapatkan minuman F&N anda dan meriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan kita yang ke-65 tahun ini.

Untuk maklumat terkini berkaitan konvoi F&N dan Jom Ronda, jangan lupa layari media sosial Facebook Jom Heboh dan Instagram @jomhebohofficial !

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik