Derma 90 Peratus Gajinya, Bekas Presiden Ini Pegang Rekod Pemimpin Termiskin Di Dunia!
Saat orang berlumba-lumba jadi pemimpin sebab kejar kuasa dan kekayaan, lelaki ini pula sebaliknya.
Kecoh di media sosial mengenai pendedahan gaji dan elaun menteri yang dilihat mencecah lebih RM50 ribu sebulan
Ramai yang mempertikaikan elaun-elaun yang diterima para menteri yang dilihat agak berlebihan apatah lagi dengan pengumuman tentang penarikan elaun khidmat kritikal doktor sebanyak RM750, baru-baru ini.
Ini menyebabkan ramai yang berpendapat supaya ada segelintir elaun menteri tersebut ditarik semula dan diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Bagaimanapun, di saat netizen sedang berbincang tentang gaji dan elaun menteri, lelaki ini pula berkongsi tentang seorang pemimpin termiskin di dunia
Pemuda yang dikenali sebagai Malikul Afhdal itu berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica yang memilih untuk hidup sederhana walaupun menjawat jawatan tinggi di negara tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat lebih 6 ribu ulang kicau dan juga 5.5 ribu tanda suka.
Tujuan beliau berbuat demikian adalah kerana berasal daripada keluarga yang susah. Oleh itu, dia berazam untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan ketika menjadi Presiden.
Pemimpin yang hebat sememangnya akan diingati sepanjang hayat mereka. Apa-apapun, kisah beliau ini sangat memberi inspirasi!