seismik

Jualan 'Warehouse Clearance' Ini Tawar Produk Apple Serendah RM549!

Nak iPhone murah? Nak iPad murah? Semua ada!

Cover image via cbc.ca

Peminat Apple, anda mungkin perlu kosongkan kalendar anda untuk acara ini.

Pengedar rasmi produk Apple, Machines akan mengadakan warehouse clearance pada hujung minggu ini!

Image via Machines

Jualan ini bermula pada 27 Julai 2017 untuk ahli Machines+, dan akan dibuka kepada umum dari 28 hingga 30 Julai 2017.

Ia akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Tingkat 4, Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Pelbagai tawaran hebat diberikan pada harga tak masuk akal bagi model Apple yang dihentikan dan unit ex-demo

Image via Machines

Bagi sesiapa yang mencari tawaran iPhone, anda boleh membeli iPhone 5s pada harga RM999 sahaja dan dapatkan unit kedua pada separuh harga!

Clearance ini juga menawarkan iPhone SE hanya RM1,199, yang sebelumnya dijual pada harga RM1,949.

Kalau anda tak kisah dengan unit ex-demo, anda boleh merebut iPhone 6s pada harga RM1,299, iPhone 6s pada RM1,699, dan iPhone 7 32GB hanya RM2,699

Image via Machines

Yup, RM549 sahaja untuk iPad! :O

Sementara itu, Machines turut menawarkan ex-demo iMac serendah RM3,199, dan ex-demo MacBook Pro 13" dengan paparan Retina dari RM3,849

Image via Machines

Untuk aksesori pula, terdapat banyak Beats headphone untuk dibawa pulang pada harga hebat!

Image via Machines

Layari laman web Machines untuk senarai penuh produk yang dijual

SELAMAT BER-SHOPPING!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: