Jurugambar Rakam Piala Dunia 2026 Guna Kamera Dari Tahun 1930, Hasilnya Luar Biasa!
Tak sabar nak tengok hasil gambar dia.
Cover image via @fareed_kotb (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam era kamera digital beresolusi tinggi dan kecerdasan buatan (AI), seorang jurugambar memilih untuk menghidupkan semula nostalgia dengan cara yang cukup luar biasa
Ketika kebanyakan petugas media di Piala Dunia 2026 menggunakan peralatan moden, jurugambar dari Mesir, Fareed Kotb, pula tampil berbeza apabila merakam detik-detik kejohanan menggunakan kamera analog yang dihasilkan pada tahun 1930 menerusi hantaran di Instagramnya.
Apa yang lebih menarik, tahun 1930 bukan dipilih secara kebetulan. Itulah tahun berlangsungnya edisi pertama Piala Dunia di Uruguay, sekali gus menjadikan kamera tersebut mempunyai nilai sejarah yang cukup istimewa.

Menurut Fareed, selepas membuat liputan dua edisi Piala Dunia sebelum ini, dia mahu memberikan sentuhan berbeza untuk liputan kali ketiganya
"Saya mahu liputan saya yang ketiga ini berbeza, jadi saya memilih untuk mendokumentasikannya dengan kamera yang dibuat pada tahun 1930. Ia merupakan tahun yang sama Piala Dunia pertama dianjurkan," katanya.
Apa yang membuatkan projek tersebut lebih menarik ialah semua gambar masih belum dapat dilihat kerana filem kamera berkenaan masih menunggu proses cucian.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai warganet mengakui tidak sabar untuk melihat hasil akhirnya. Malah, ada yang menyifatkan projek itu sebagai satu peringatan bahawa dalam dunia yang serba pantas hari ini, proses analog yang perlahan masih mempunyai nilai dan keistimewaannya yang tersendiri.


Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


