Kahwin Bawah RM4,000? Program Nikah Beramai-Ramai Tawar Kenduri Untuk 100 Tetamu
Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sekali lagi menganjurkan Program Nikah Jamaie Syarie 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau sebelum ini ramai pasangan menganggap kos kahwin puluhan ribu ringgit sebagai perkara biasa, sebuah program di Perak kini menawarkan alternatif yang jauh lebih mesra poket
Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sekali lagi menganjurkan Program Nikah Jamaie Syarie 2026, khusus bagi membantu pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tanpa perlu menanggung kos majlis yang terlalu tinggi.
Menurut laporan Kosmo!, Imam Besar masjid berkenaan, Abd Farid Salleh, ramai pasangan terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana peningkatan kos melibatkan hantaran, kenduri, pakaian dan pelbagai keperluan lain yang boleh mencecah sekitar RM30,000.
RM4,000 dah termasuk kenduri, pelamin & hotel

Bagi edisi tahun ini, yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM4,000 bagi setiap pasangan, meningkat daripada RM3,000 sebelum ini.
Walaupun begitu, pakej yang ditawarkan turut dipertingkatkan apabila jumlah jemputan dinaikkan daripada 75 kepada 100 tetamu bagi setiap pasangan.
Lebih menarik, yuran tersebut merangkumi pelbagai keperluan majlis termasuk:
- Pelamin
- Katering untuk 100 tetamu
- Khidmat jurugambar
- Album perkahwinan
- Penginapan hotel malam pertama
- Makan malam khas buat pasangan pengantin (Kosmo Digital)
Program yang diperkenalkan sejak 2013 itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan beban kewangan bakal pengantin, malah mahu menggalakkan budaya perkahwinan yang lebih sederhana tanpa pembaziran.
Pada masa sama, ia juga bertujuan mengimarahkan institusi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.
Penyertaan terhad kepada 30 pasangan

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianImage viaProgram Nikah Jamaie Syarie 2026 dijadual berlangsung pada 26 Disember 2026 di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak).
Penyertaan dibuka kepada 30 pasangan sahaja, dengan permohonan ditutup pada 31 Ogos 2026. Setakat ini, kira-kira 10 pasangan telah pun mendaftar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via