seismik

Kajian Dapati Pengguna iPhone Kurang Jujur Dan Amanah Berbanding Pengguna Android

Jujurkah anda?

Cover image via flipboard.com

Anda seorang pengguna iPhone?

Ya, anda mungkin kelihatan mewah dan bergaya.

Namun, sebenarnya anda mungkin juga mempunyai tahap honesty-humility yang rendah.

Honest-humility adalah merangkuimi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan kebersederhanaan.

Lebih 500 peserta menjawab soalan tentang diri mereka dan sikap mereka terhadap telefon pintar mereka dalam satu kajian. Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire.

Penyelidik mendapati pengguna iPhone melihat telefon mereka sebagai status dan simbol, mempunyai tahap emosional yang lebih tinggi dan lebih bersifat ekstrovert.

Pengguna Android pula kurang berminat dengan kemewahan, status sosial serta bersikap jujur dalam sesuatu perkara.

Kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking itu memberitahu, kemungkinan bagi pengguna iPhone melanggar peraturan untuk kepentingan peribadi juga adalah sangat rendah.

Berdasarkan hasil kajian terbabit, penyelidik telah membentuk sebuah program komputer yang bertujuan untuk meramal apa yang dimiliki oleh pengguna telefon pintar.

Image via Tech Talks

Program ini meneka dengan betul 70% pada setiap kali ujian dibuat. Sangat mengagumkan!

Sumber: indy100.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: