seismik

Kakak Pemandu Honda Jazz Ragut Nyawa Dua Beradik Mohon Maaf Akui Emosi Pertahankan Adik

Polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman dashcam berkaitan kemalangan untuk tampil membantu siasatan.

Cover image via X & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Akibat membuat hantaran yang mengundang kemarahan orang ramai, kakak kepada pemandu yang menyebabkan kemalangan maut di Senawang tampil memohon maaf

Menerusi video yang dikongsinya di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Nur Athirah Najwa itu tampil mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapannya membuat hantaran menyinggung perasaan orang ramai.

"Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terbabit dalam kemalangan di Senawang.


"Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.

"Saya sedar saya muat naik posting dan komen itu dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal," katanya.

Image via X

Orang ramai mengecam tindakannya sebelum ini yang membuat hantaran di media sosial seolah-olah mempertahankan adiknya dalam insiden tersebut

Sebelum ini tular di media sosial tindakan wanita itu membuat beberapa posting yang telah menyinggung perasaan ramai akibat caption yang ditulis dalam hantaran berkenaan.

"Semoga ada keadilan buat Aidid ya InsyaAllah" tulisnya dalam salah satu hantaran terbabit.

Perkara tersebut dilihat seakan-akan wanita berkenaan mempertahankan adiknya sekali gus menimbulkan kemarahan netizen.

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Kereta jenis Honda Jazz yang dipandu adik wanita terbabit meragut nyawa dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun

Terdahulu, dua pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Honda Jazz di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height di Negeri Sembilan pada 6 Mac.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss disahkan maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu adik kepada wanita terbabit gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan melanggar motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua mangsa serta sebuah lagi motosikal Honda Vario.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: