Kanak-Kanak Lalui Detik Cemas Kaki Terperangkap Sejam Dalam Lubang Tandas
Pasukan bomba terpaksa pecahkan hampir sebahagian lantai dan lubang tandas.
Seorang kanak-kanak lelaki melalui detik cemas apabila kaki kanannya tersangkut lebih sejam di dalam lubang tandas di rumahnya di Jalan Mawar 2, Bukit Beruntung dua hari lalu
Kejadian berlaku dalam jam kira-kira 12 tengah malam apabila mangsa dipercayai ke tandas untuk membuang air kecil sebelum tergelincir lalu menyebabkan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas separas buku lali dan gagal dikeluarkan.
Sepasukan bomba telah dikejarkan ke lokasi berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.20 tengah malam.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie, pihaknya terpaksa memecahkan sebahagian lantai serta lubang tandas dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa
"Sebelum itu, kami terpaksa memujuk mangsa yang menangis dan selepas dia dapat ditenangkan, kami mula memecahkan lantai dan lubang tandas menggunakan peralatan khas.
"Selepas hampir sejam, kita berjaya mengeluarkan kaki mangsa dan selepas diperiksa, hanya terdapat sedikit calar dan lebam pada kaki yang terperosok," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Rawatan awal turut diberikan kepada kanak-kanak tersebut di tempat kejadian selepas kakinya berjaya dikeluarkan.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!