seismik

"Kalau Dirogol Pun Bersabarlah, Awak Akan Dapat Satu Pahala Kerana Ujian Itu" - Fynn Jamal

Bincangkan!

Cover image via Instagram @fynnjamal

Nama penyanyi, Fynn Jamal kembali hangat selepas kenyataan kontroversinya berhubung isu rogol

Beberapa hari lalu, Fynn telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menyalahkan wanita sendiri sebagai penyebab kepada ganguan seksual di laman Instastory miliknya.

Kenyataan serta pandangan yang telah dilontarkan Fynn itu ternyata telah menimbulkan rasa kurang senang netizen terhadap beliau sehingga namanya turut menjadi trending di Twitter.

Selain netizen, terdapat juga beberapa orang selebriti yang dilihat tidak bersependapat dengan pandangan penyanyi lagu Arjuna Beta itu

Antaranya adalah Caprice dan juga pelakon, Wardina Saffiyah. Susulan daripada kenyataan yang dibuat Fynn itu, kedua-dua selebriti tersebut telah membuat live di Instagram bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada Fynn sendiri berhubung perkara itu.

Malah menerusi sesi live yang dibuat Fynn bersama Wardina semalam, pelakon yang pernah popular dengan filem Lagi-Lagi Senario itu dengan tegas menolak pandangan Fynn bahawa tindakan wanita memuat naik swafoto di media sosial boleh menyumbang kepada jenayah rogol.

"Rape has been happening before social media. It's been happening since the beginning of time.

"And then bila Fynn cakap selfies, there's also another problem there. People can misinterpret that. So you better not to says that.

"If you don't post, other people will because we don't live in ideal society," katanya.

Kedua-dua sesi live tersebut telah mendapat perhatian netizen yang mana ada di antaranya bersetuju dengan kenyataan yang telah dilontarkan Fynn, namun tidak kurang ramai juga yang menggeleng kepala dengan hujah penyanyi berpurdah itu dengan menyifatkan ia sebagai tidak wajar.

Selain membuat live bersama Caprice dan Wardina, Fynn turut membuat sesi tersebut bersama seorang individu yang dikenali sebagai Afiqah bagi membincangkan isu yang sedang hangat itu

Namun dalam sesi live tersebut, satu kenyataan serta pandangan yang telah dibuat oleh Fynn sekali lagi telah menjadi perhatian netizen khususnya di Twitter.

Menerusi video pendek tersebut, Fynn menyatakan bahawa mangsa akan mendapat pahala jika dia bersabar.

"Kalaulah awak kena rogol lepastu awak bersabar, awak dapat satu pahala bersabar kerana ujian rogol. Kalau awak dah jaga diri awak pakai syar'i, awak tetap dirogol, awak dapat pakaian syar'i punya pahala dan awak dapat double efforts sebab awak dah try, you protected yourself," kata Fynn.

Untuk menonton sesi live yang sepenuhnya, sila lihat di bawah:

Setiap individu pastinya ada pandangan masing-masing berhubung perkara ini. Namun yang pasti, rogol tetap rogol dan ia adalah jenayah yang sangat berat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Artikel berkaitan:

You may be interested in: