Kalkulator Punca Kematian & Risiko Ini Beritahu ‘Bagaimana Anda Mungkin Mati’?

Boleh check sendiri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via DOSM & Zulfadhli Zulkifli

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernahkah anda terfikir apakah kebarangkalian penyebab utama kematian anda?

Sudah pasti kita tidak boleh meneka bagaimana seseorang individu akan mati tetapi laman web daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mungkin perkara yang terdekat kita boleh lihat sebagai 'rujukan'.

Laman web yang dikenali sebagai Kalkulator Sebab Kematian ini merupakan alat simulasi statistik interaktif yang menganggarkan kebarangkalian sebab kematian utama berdasarkan ciri-ciri demografi terpilih.

Anda dengan mudah boleh mengisi maklumat demografi anda pada laman web tersebut dan lihat keputusan kalkulator yang akan keluar berdasarkan maklumat masing-masing.

SAYS.com
Image via DOSM

Analisis yang hanya melibatkan kematian disahkan secara perubatan

Menurut laman web berkenaan, sebab kematian diklasifikasikan berdasarkan International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems, 10th Revision (ICD-10) yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO).

Keputusan yang dipaparkan juga adalah sekadar menunjukkan corak sejarah yang diperhatikan dalam kalangan individu yang mempunyai ciri demografi yang serupa dan tidak boleh ditafsirkan sebagai risiko kematian masa hadapan bagi seseorang individu.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan isu, DOSM telah menyatakan penafian bahawa keputusan yang dijana oleh kalkulator terbabit merupakan anggaran statistik bagi tujuan pendidikan dan maklumat sahaja.

Ianya tidak mewakili diagnosis sebenar, pendapat perubatan, ramalan sebab kematian individu atau penilaian mortaliti rasmi

Anda boleh melawat laman web tersebut di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: