Kanak-Kanak Lelaki Berusia 6 Tahun Iringi Perjalanan Terakhir Bapa Dengan Laungan Azan
Sebaknya tengok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mempunyai anak yang soleh dan solehah merupakan satu nikmat yang tidak terkata kerana anak-anak inilah yang akan mendoakan mereka apabila sudah tiada di dunia nanti
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki di yang baru kehilangan bapa namun tindakannya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut kelihatan kanak-kanak yang dipercayai berusia enam tahun itu sedang melaungkan azan untuk mengiringi jenazah bapanya keluar dari rumah dan dimasukkan ke dalam van jenazah.
Namun, apa yang lebih menyedihkan, kelihatan wajahnya kanak-kanak lelaki itu seperti sedang menahan air mata sewaktu melaungkan azan.
Bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan kanser limfoma
“6 Januari 2024.. mendung dan sayu, si kecil enam tahun mengazankan perjalanan terakhir ayahnya,” tulis Raja Zainab di kapsyen.
Di ruangan komen, dia berkongsi berita yang menyedihkan bahawa bapa kanak-kanak lelaki itu telah meninggal dunia akibat kanser limfoma.
Namun, dia rasa bersyukur kerana arwah telah meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah. Kanak-kanak lelaki yang melaungkan azan itu merupakan anak kelima daripada enam beradik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!