Kanna Curry House Tawar Roti Canai Percuma Jika Pakai Kaca Mata Hitam Ke Restoran

Cari balik spek hitam masing-masing!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanna Curry House sedang menawarkan roti canai percuma di cawangan Bandar Menjalara, Kepong

Tawaran ini tersedia bermula 25 hingga 29 Mei ini, tetapi hanya jika anda datang memakai cermin mata hitam.

Menerusi sebuah hantaran daripada restoran tersebut, pelanggan yang makan di restoran sambil memakai cermin mata hitam boleh menebus satu roti canai percuma bagi setiap orang.

Ini cara tawaran terbabit dapat ditebus:

  1. Kunjungi Kanna Curry House di Bandar Menjalara, Kepong
  2. Pakai cermin mata hitam
  3. Tunjukkan posting promosi kepada kakitangan kaunter
  4. Nikmati roti canai percuma
  5. Kongsikan di media sosial dan tag mereka jika anda mahu
SAYS.com
Image via Marmayogi 1951/Google

Tawaran ini terhad kepada satu roti canai percuma bagi setiap orang setiap hari

Restoran tersebut juga secara berseloroh memberi amaran kepada pelanggan berbunyi "kami akan mengingati wajah anda".

Kanna Curry House juga memaklumkan tiada pemulangan roti canai sebaik sahaja roti canai dihidangkan, atau 'macha akan merenung anda lagi'.

Pesanan tambahan masih akan dikenakan caj seperti biasa, dan pemberian percuma tersedia berdasarkan polisi siapa cepat dia dapat.

Jadi, jika anda tiba-tiba melihat sekumpulan pelanggan sedang menikmati roti canai dengan cermin mata hitam minggu ini, kini anda tahu sebabnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS