Kantoi Curang, Isteri Hukum Suami Pakai Bra, Lekat Pad Di Dahi & Melutut Atas Kulit Durian
Siapa suruh curang. Kan dah kena.
Ouch!
Bayangkan diri kita sendiri perlu melutut atas kulit durian. Nak pegang durian pun belum tentu boleh apatah lagi melutut. Mesti sakit kan?
Begitulah penderitaan yang perlu dilalui oleh seorang suami ini di China, di mana beliau bukan sahaja menanggung kesakitan tetapi turut menanggung malu apabila isterinya memaksanya memakai bra berwarna pink sambil dahinya dilekatkan dengan tuala wanita.
Semuanya gara-gara beliau didapati bersembang dengan wanita lain di aplikasi WeChat
Mungkin ada yang tertanya-tanya:
"Takkanlah bersembang dengan wanita lain pun tak boleh langsung?"
Menurut sumber, lelaki berkenaan bukan sekadar bersembang kosong. Malah, beliau turut menghantar gambar peribadi dan berborak mengenai topik yang tidak sepatutnya dibincangkan dengan wanita lain.
Si isteri yang menangkap perbuatan curang suaminya itu bertindak berang dengan memaksa suaminya melakukan aksi yang begitu memalukan.
Sudahlah sakit dan malu, maruah si suami dirobek-robek lagi oleh si isteri dengan merakam penderitaan si suami sepanjang hukuman tersebut dijalankan
Video berdurasi 1 minit ini dipercayai dirakam oleh seorang individu yang dipercayai ahli keluarga mereka. Sepanjang menanggung kesakitan, si isteri hanya baring di sebelah suaminya di atas katil sambil merakam beberapa keping gambar.
Dipercayai, perbualan mereka berbunyi seperti di bawah:
Suami: Saya mengaku saya buat kesilapan. Saya tidak sepatutnya menghantar gambar peribadi di WeChat. Saya tidak sepatutnya memulakan perbualan dengan perempuan lain.
Isteri: Awak bersembang dengan siapa?
Suami: Saya bersembang dengan beberapa perempuan dan bersembang mengenai perkara yang saya tidak sepatutnya lakukan.
Isteri: Itulah sebabnya awak jadi begini, betul? Siapa yang suruh awak melutut?
Suami: Isteri saya yang suruh.
Isteri: Saya suruh awak melutut dan awak akan taat pada saya selepas ini?
Suami: Saya rela menerima hukuman berat ini.
Isteri: Awak akan bersembang dengan perempuan-perempuan itu lagi?"
Suami: Awak, ini kulit durian. Saya tak mampu nak tahan kesakitan ini lagi. Saya janji tidak akan mengulangi perbuatan saya itu.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!