Kantoi Jual Bayi Kembar Pada Harga RM15k Di Mudah, Pasangan Kekasih Ditangkap
Iklan telah dimuat naik pada Jumaat, 8 Disember.
Polis telah menangkap sepasang kekasih yang didakwa telah mengiklankan jualan anak kembar mereka sendiri di laman web Mudah
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata pasangan berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan.
"Suspek berusia 20 tahun ditahan pada jam 8 malam di rumahnya di Setapak, manakala pasangannya yang berusia 18 tahun ditahan sejam kemudian di rumahnya di Ampang.
"Suspek dipercayai mengiklankan bayi kembar mereka yang berusia empat bulan untuk dijual dengan harga RM15,000 di sebuah laman web jual beli pada Jumaat lalu," katanya.
Namun begitu, tidak ada seorang pun yang menghubungi nombor telefon yang dimuat naik bersama iklan terbabit
Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala bayi kembar tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menetapkan mana-mana orang terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak, melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Aktivis sosial dan kanak-kanak terkemuka, Syed Azmi menerusi Facebook memberitahu bahawa dia telah berhubung dengan wanita itu dalam tempoh tiga bulan yang lalu
"Saya kenal mereka kira-kira tiga bulan lalu kerana ingin tahu apa rancangan mereka dan bagaimana mereka boleh membesarkan bayi. Masih belum bernikah ketika itu.
"Nasib baik mereka tak berkahwin, kedua-dua mereka memang tidak mampu menjaga bayi, mereka meminta orang lain untuk jagakan. Selepas tiga keluarga, semua pun tak larat nak jaga kerana dua-dua bayi itu kerap menangis. Akhirnya, mereka menyiarkannya secara online untuk menjual mereka pada harga RM15,000," tulis Syed Azmi.
"Saya menjelaskan ibu bayi bahawa perbuatan itu salah, saya bertanya bagaimana dia meletakkan harga pada bayi. 'Main tekan-tekan kat handphone je'
"Saya bertanya kepadanya, 'Sekarang beritahu saya, berapa harga awak?' Dia hanya diam," tulis Syed lagi.
Syed menjelaskan keluarga wanita itu sebelum ini cuba memberi bayi kembar itu kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan mereka anak angkat.
Tetapi...
... proses itu terhenti apabila ibunya tidak benarkan dan lebih mahukan wang Ringgit.
Dia juga kecewa terhadap wanita itu yang bersikap tidak sopan dan biadap kepada ibu bapanya sendiri apabila mereka berbincang tentang apa yang perlu dilakukan dengan bayi kembar tersebut.
"Akhirnya, ada tiga pilihan yang kami cadangkan, iaitu untuk mencari keluarga angkat, hantarkan ke JKM atau ke OrphanCARE. Buat masa ini, bayi kembar itu kami telah ke rumah yang selamat," tambah Syed pada Isnin lalu.
Baca status penuh Syed Azmi di sini.