Kantoi Sorok 5KG Dadah Dalam Kasut, Lima Rakyat Malaysia Ditahan Di Jakarta
Difahamkan, suspek terdiri daripada empat lelaki berusia 30, 24, 22 dan 21 tahun serta seorang wanita berusia 25 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lima warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dipercayai membawa lima kilogram (kg) cecair dadah sintetik jenis etomidate yang disembunyikan dalam kasut masing-masing
Kesemua suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada 25 September lalu selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan komersial.
Menurut laporan Kosmo!, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Dittipidnarkoba Bareskrim Polri berhubung penahanan kelima-lima warga Malaysia itu.
Menurutnya, suspek terdiri daripada empat lelaki berusia 30, 24, 22 dan 21 tahun serta seorang wanita berusia 25 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan
Image via Sinar Harian"Daripada lima suspek itu, tiga berasal dari Sarawak manakala dua lagi berasal dari Pahang. Seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah, manakala empat lagi tidak mempunyai rekod jenayah berkenaan.
"Penahanan dilakukan Bahagian Duti dan Cukai, Kastam dan Eksais Indonesia selepas petugas mengesyaki pergerakan mencurigakan oleh kelima-lima individu terbabit.
"Hasil pemeriksaan mendapati setiap suspek membawa dua bungkusan serbuk yang disyaki etomidate dengan berat kira-kira 500 gram bagi setiap bungkusan," katanya.
Hussein berkata, bahan berkenaan disembunyikan pada bahagian insole kasut yang dipakai suspek

Secara keseluruhan, sebanyak 10 bungkusan dengan berat lima kilogram berjaya ditemui pihak berkuasa Indonesia.
Katanya, JSJN akan terus bekerjasama dengan pihak Polri bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes berkenaan.
"Usaha ini bagi mengesan rangkaian sindiket dadah di Malaysia yang terlibat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via