Kao Malaysia Lancar Jelajah Attack & Magiclean, Tawar Kotak Misteri Plushie ‘The Cleanie Crew’ Edisi Terhad
Pengenalan koleksi blind box eksklusif bernama "The Cleanie Crew" menampilkan lima karakter comel.
Cover image via Magiclean Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kao Malaysia memeriahkan musim pertengahan tahun ini dengan menganjurkan Jelajah Kao Attack & Magiclean yang berlangsung dari Jun hingga Julai 2026 di beberapa lokasi strategik seluruh negara
Jelajah ini menggabungkan pelbagai promosi eksklusif, zon interaktif mesra keluarga, demonstrasi produk, serta peluang mengumpul siri plushie edisi terhad.
Tarikan utama yang pastinya mencuri tumpuan para pengumpul tegar ialah pengenalan koleksi blind box eksklusif bernama "The Cleanie Crew" yang menampilkan lima karakter comel:
- Zesty, Bubbly, Fluffy & Biffy: Empat karakter fizikal yang boleh ditebus di lokasi jelajah dengan pembelian minimum RM68 (pembelian campuran produk Attack dan Magiclean dibenarkan).
- Sparky: Karakter kelima yang sangat eksklusif dan hanya boleh didapati secara dalam talian melalui kedai rasmi Kao di Shopee dan Lazada bermula 7 Julai ini.

Zon interaktif dan pengenalan produk baharu
Pengunjung jelajah juga boleh meneroka pelbagai ruang pameran interaktif yang direka khusus untuk keperluan domestik moden:
- Zon Pelancaran Baharu Magiclean: Memperkenalkan dua produk inovasi terbaharu iaitu Magiclean Stain & Mold Light Floral dan Magiclean Washing Machine Cleaner.
- Zon Magiclean Pets & Kids: Ruang demonstrasi langsung menggunakan Magiclean Wiper Dry Sheet dan Magiclean Mop bagi menunjukkan cara pembersihan pantas yang selamat untuk kediaman yang mempunyai anak kecil serta haiwan peliharaan.
- Aktiviti & Permainan Karnival: Pengunjung boleh mencuba nasib di Cabaran Ring Toss (percuma tanpa pembelian minimum) untuk mendapatkan pelekat eksklusif, manakala pembeli produk Attack bernilai RM68 ke atas boleh bermain Cabaran Attack Plinko dan Gachapon Spin & Win untuk memenangi hadiah tambahan seperti beg tote dan botol air.

Jelajah Kao Attack & Magiclean akan berlangsung di beberapa lokasi utama antaranya:
Bulan Jun:
- Maslee Express Setia Indah, Johor: 1 Jun – 21 Jun
- Jaya Grocer, Aras G, The Starling Mall (berdekatan Nando's), Selangor: 17 Jun – 21 Jun
- Maslee Express Taman Molek, Johor: 22 Jun – 13 Julai
Bulan Julai:
- NSK Kuchai, Kuala Lumpur: 1 Julai – 14 Julai
- Jaya Grocer One Utama, Selangor: 6 Julai – 12 Julai
- Jaya Grocer Eco Galleria, Johor: 15 Julai – 31 Julai
- Kedai AEON Terpilih: 16 Julai – 29 Julai
Nota: Kempen ini turut memeriahkan suasana membeli-belah hujung minggu buat para pengunjung di pusat beli-belah terpilih melalui pengaktifan kaunter khas mereka.
Orang ramai yang ingin melengkapkan kesemua lima koleksi The Cleanie Crew digalakkan untuk mengunjungi lokasi berdekatan atau bersiap sedia di platform e-dagang rasmi mereka selewat-lewatnya Julai ini sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman media sosial rasmi Kao Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


