seismik

Kasut 'Adidas Kampung' Ini Katanya Lebih Bagus Daripada Kasut ‘Branded’ Yang Lain. Setuju?

Mencengkam!

Cover image via Instagram @outdoor.rangers

Perasan tak baru-baru ni viral di laman sosial mengenai sejenis kasut getah murah yang boleh digunakan untuk apa-apa aktiviti dan dipanggil sebagai 'Adidas Kampung'?

Boleh katakan sebahagian besar rakyat Malaysia yang aktif dengan aktiviti outdoor sangat familiar dengan kasut ni. Walaupun digelar sebagai 'Adidas Kampung', namun kasut ini bukanlah dari jenama besar tersebut. Ia hanyalah satu istilah popular yang digunakan untuk merujuk kepada jenis kasut getah hitam buatan tempatan.

Macam mana istilah ni boleh wujud? Istilah 'Adidas Kampung' wujud kerana persamaan kasut ini dengan but bola sepak klasik jenama tersebut yang mempunyai jalur diagonal di sebelah sisi kasut.

Malah, ramai juga yang menggunakan kasut ini sebagai but bola sepak mereka sendiri. Sebab itu ia dinamakan sebagai 'Adidas Kampung'!

Dan bayangkan dengan berbekalkan RM10, anda dah mampu mendapatkan kasut ini sepasang

Dari aktiviti meredah hutan, mendaki gunung, sampailah aktiviti di dalam air, 'Adidas Kampung' dikatakan mampu bertahan di mana saja kerana mempunyai cengkaman yang kuat! Jadi, memang tak akan ada masalah lah kalau anda pakai untuk buat aktiviti outdoor.

Image via travelbosing

Kasut ini diperbuat daripada getah, kalis air, ringan dan mudah kering. Jadi, jika anda mahu meredah lumpur pun tak ada masalah!

Walaupun kasut ini telah lama di pasaran, ia hanya mula mendapat populariti apabila penoreh getah yang memakai sepasang kasut ini berjaya menyelesaikan dan memenangi perlumbaan puncak di Gunung Kinabalu kira-kira enam tahun lalu.

Danny Kuilin Gongot memenangi perlumbaan di 25th Mount Kinabalu International Climbathon pada tahun 2011 dan pencapaiannya mengagumkan ramai, terutamanya apabila dia melakukannya sambil memakai sepasang kasut bernilai RM8.

Kasut 'Adidas Kampung' ini dikeluarkan oleh jenama-jenama yang berbeza tetapi sesetengah daripadanya menjadi pilihan utama buat penggemar aktiviti-aktiviti outdoor

Antaranya ialah Goco, Cap Gajah, Bowling, Ostrich, dan Osaki.

Kalau dulu 'Adidas Kampung' hanya boleh didapati dengan warna hitam, namun kini semakin banyak design dikeluarkan bagi memenuhi citarasa pembeli.

Kat mana boleh beli?

Adidas Kampung boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai runcit, kedai hardware, atau pasar malam. Anda boleh juga mendapatkan kasut ini di kedai Mr. DIY dan Tesco.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: