Hidangan Steak & Lobster Di Restoran Ini ‘Confirm’ Akan Buat Anda Terliur. Kat Subang Je!
Boston Lobster mereka diimport khas dari Amerika Syarikat dua kali seminggu!
Sedang mencari tempat makan makanan western baru? Restoran ini sedia menghidangkan anda juadah steak & lobster yang terbaik di sekitar Subang Jaya!
Terletak di Putra Heights, mereka terkenal dengan hidangan steak yang diperbuat daripada daging Wagyu ataupun daging grain-fed
Mereka juga membuat semua makanan mereka made-to-order dan tidak menggunakan sebarang preservatif dan perasa tiruan dalam masakan mereka.
Anda wajib kena cuba tomahawk steak mereka yang cukup juicy dan dihidangkan dengan kentang putar, jagung dan salad segar
Apa yang special lagi, bila anda makan steak di sini, Chef mereka juga akan, secara khas, datang potongkan steak anda di meja anda sendiri!
Restoran ini juga terkenal dengan hidangan Boston Lobster mereka yang dibakarkan dengan taburan keju mozarella dan cheddar
Untuk memastikan kesegaran Udang Galah mereka, mereka mengimportkan Udang Galah mereka dua kali seminggu terus dari Amerika Syarikat.
Banyak lagi hidangan western yang anda harus cuba di sini seperti Roasted Bone Marrow, Sizzling Grilled Chicken Chop, Pan-seared Norwegian Salmon, Pesto Pasta dan lain-lain!
Terliur? Dapatkan info mengenai restoran Kay's Steak & Lobster di bawah:
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!