Sentuhan Mekap Wanita Ini Mampu Mengubah Wajah Pelanggannya 360 Darjah. WOW!
Memang lain daripada yang lain!
Lebih 100 ribu share di Facebook, video dan gambar hasil mekap memukau seorang jurumekap dari Indonesia kini mendapat perhatian ramai
Video dan beberapa keping gambar hasil mekap jurumekap bernama Khadijah Azzahra itu telah tersebar luas di laman Facebook melalui akaun pengguna media sosial tersebut iaitu Rizal Hakimm.
Ia menjadi begitu viral kerana jurumekap tersebut mampu mengubah wajah-wajah pelanggannya (pengantin perempuan) daripada yang biasa kepada sangat cantik. Kiranya boleh cakap, beliau punya sentuhan memang next level!
Sewaktu mula-mula kami melihat gambar-gambar ini, kami sendiri tertanya-tanya adakah gambar sebelum dan selepas itu adalah orang yang sama?
Seriously, memang lain betul!
Yang berisi pun boleh jadi kecil. Hehe...
Apa? Muka berjerawat? Tak ada masalah!
Wajah kusam? Tak perlu risau. Semuanya bisa diatur... :P
Buat pengetahuan anda, Khadijah sangat dikenali di daerahnya. Malah, belliau mempunyai lebih 230 ribu followers di Instagram.
Segala hasil kerja beliau akan dimuatnaik ke dalam akaun Instagram miliknya dan sentiasa mendapat pujian yang membanggakan daripada followers-nya. Beliau bukan saja membuat andaman untuk majlis perkahwinan, bahkan juga make up artist untuk photoshoot majalah di samping mengadakan 'Make Up Class Roadshow' di negara tersebut.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah teknik yang digunakannya untuk menghasilkan sentuhan ajaib tersebut. Jom, tonton video di bawah:
Jadi bagaimana? Hebat bukan? Benarlah kata orang, mekap mampu mengubah wajah seseorang.
Follow akaun Instagram khadijahazzahra_makeup untuk melihat lebih banyak hasil mekap memukau beliau.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!