Kebaikan Kecil, Beri Manfaat Berpanjangan
Tropicana Twister telah bekerjasama dengan EPIC Homes melalui Project 100 bagi membina sehingga 100 buah rumah untuk golongan memerlukan, termasuk komuniti Orang Asli.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai tak sedar segelintir masyarakat hidup dalam serba kekurangan, bimbang bila hujan akan turun kerana keadaan rumah yang tidak selamat dan bumbung yang bocor
Itulah realitinya. Ada di antara kita yang tidur pun tak lena apabila cuaca buruk melanda. Kini segalanya mula berubah. Usaha kecil orang ramai melalui Kempen 'Gandakan Kebaikan' pada Ramadan lalu mula menampakkan hasilnya.
Perubahan besar telah berlaku dan sekarang masa depan golongan terpinggir ini lebih cerah. Ini jelas membuktikan satu kebaikan kecil yang dikumpulkan, boleh ubah hidup seseorang sepenuhnya.
Bina kehidupan, bukan hanya struktur
Bagi yang belum tahu, Tropicana Twister telah bekerjasama dengan EPIC Homes melalui Project 100. Misi utama Projek ini adalah untuk membina sehingga 100 buah rumah setiap tahun untuk golongan memerlukan, termasuk komuniti Orang Asli.
Ini bukan sekadar tentang bina rumah. Sebaliknya, ia tentang memberikan perlindungan, mengembalikan rasa yakin diri dan membuka peluang hidup yang lebih baik.
Menurut Ketua Pemasaran PepsiCo Malaysia Beverages, Jennifer Lee, setiap sumbangan daripada rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam membina masa depan keluarga ini.
"Simple je… bila semua orang buat sikit, hasilnya jadi besar", katanya.
Nasib berubah, tiada lagi rasa bimbang

Ngah A/P Uda (baju hijau) gembira melihat rumah baharu yang diterima keluarganya menerusi kempen 'Gandakan Kebaikan' anjuran Tropicana Twister dengan kerjasama Epic Homes.
Bagi Ngah A/P Uda, perubahan ini memang tak disangka. Dulu, setiap kali hujan, mereka sekeluarga akan rasa cemas. Risau kalau rumah tak mampu bertahan.
Sekarang? Segalanya dah berubah. Rumah baru yang diterima bukan sahaja selesa, tapi tutut beri ketenangan yang selama ini mereka tak pernah rasa. Tiada lagi malam tanpa tidur dan rasa takut setiap kali cuaca buruk. Yang ada sekarang hanyalah rasa syukur… dan harapan untuk masa depan yang lebih selamat dan lebih cerah.

Para sukarelawan berganding bahu membina rumah baharu untuk penerima kempen 'Gandakan Kebaikan' anjuran Tropicana Twister dengan kerjasama Epic Homes.
Melihat sukarelawan berganding bahu membina rumah, jelas menampakkan bahawa apabila rakyat Malaysia bersatu membuat kebaikan, impaknya sangat luar biasa.
Lebih istimewa lagi kempen 'Gandakan Kebaikan' bukan sekadar inisiatif bermusim sebaliknya, memberikan kesan untuk jangka masa yang panjang.
Dari satu bantuan kecil… lahir sebuah rumah.
Dari sebuah rumah… berubah sebuah kehidupan.
Nak tahu lebih lanjut mengenai kempen 'Gandakan Kebaikan'? Anda boleh layari Facebook Tropicana Twister.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

