Pasar Raya Aeon Di Mid Valley Terbakar, Seorang Wanita Cedera Dan Tak Sedarkan Diri

Wanita itu dikatakan pengsan dan darah tidak berhenti keluar dari mulutnya.

  • Cover image via SAYS

Tepat pada jam 8.20 malam semalam, pengunjung Mid Valley telah dikejutkan dengan bunyi loceng kebakaran dan bau asap

Image via Kosmo Online

Menurut laporan, dikatakan sebuah bilik di pasar raya Aeon di pusat beli-belah Mid Valley Megamall telah terbakar.

Berikutan dari insiden itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan loceng kecemasan di pusat beli-belah itu berbunyi, pada jam 8.24 malam.

Menurutnya, sembilan anggota dari Balai Bomba Pantai dikerahkan ke lokasi bagi pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan itu mendapati bunyi loceng kecemasan datang dari sebuah pasar raya di dalam pusat beli-belah itu dan anggota kami berjaya memadamkan kebakaran itu," kata Samsol.

kosmo.com.my

Ramai pengunjung yang panik akibat dari kepulan asap yang tebal itu malah seorang wanita dipercayai telah jatuh pengsan

Image via worldofbuzz.com

Berikutan dari asap yang tebal, orang ramai telah diminta untuk mengosongkan kawasan itu, termasuklah semua pengunjung yang berada di pasaraya Aeon.

Menurut sumber dari seorang pengguna Facebook, Lee , Lee, beliau memuat naik sebuah klip video yang menunjukkan seorang wanita tidak sedarkan diri. Netizen juga ramai terkejut apabila melihat sedutan video itu yang menunjukkan banyak darah keluar dari mulut wanita tersebut. Wanita itu kini berada di bawah jagaan pihak hospital, namun masih tiada berita tentang keadaannya dilaporkan.

Menurut sumber maklumat dari beberapa pihak media, kebakaran ini berlaku disebabkan oleh mesin faks yang disambar api di tingkat tiga

Namun, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak Mid Valley Megamall berbeza dengan kenyataan yang ditulis oleh pihak media. Selepas siasatan dilakukan, pihak bomba mendapati bahawa kejadian ini berlaku disebabkan oleh timbunan yang berlaku di saluran paip yang berada di tingkat dua. Mid Valley Megamall turut mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan laporan pihak bomba terbabit:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment