seismik

Kedai 'Hidden Gems' @ TTDI, Ini Pengalaman Team Kami Sendiri Makan Di Ficus Bistro

Boleh cuba guys!

Cover image via SAYS SEISMIK/ Nany Rahman

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dilihat sekarang, banyak kafe dan kedai makan viral yang tumbuh bak cendawan

Kafe-kafe yang cantik dan menarik sememangnya menjadi pilihan ramai terutama sekali bagi golongan muda.

Bukan apa, kadangkala mereka suka lepak di sini kerana tempatnya yang cantik betul tak? Ditambah pula dengan makanan yang sangat sedap. Memang berkali-kali datang.

Baru-baru ini, team kami telah dijemput untuk makan ke satu kafe yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Kafe ini bagi kami adalah salah satu 'hidden gems' yang ada di sini.

Menu yang disediakan juga sangat menarik dan sedap! Jom kita lihat di bawah.

Asal usul nama Ficus Bistro

Pokok Ficus.

Image via The Spruce

Difahamkan, kedai ini dinamakan Ficus Bistro yang terinspirasi daripada nama pokok Ficus. Oh baru tahu!

Tema kedai yang sangat menarik dan trendy

Bagi anda yang pertama kali datang makan di sini pasti akan 'terpukau' dengan dekorasinya yang menarik. Memang sesuai nak bawa keluarga atau rakan-rakan makan di sini.

Malah, Ficus Bistro juga menawarkan perkhidmatan gathering jika anda ingin makan beramai-ramai dalam suasana yang lebih peribadi. Ia terletak di tingkat atas dengan bertemakan ala-ala english dan french theme. Cantik!

Difahamkan, di Ficus Bistro juga pernah diadakan majlis perkahwinan. Menarik!

Anda boleh berkaraoke di sini.

Image via Nany Rahman/SAYS Seismik

Pelbagai jenis menu disediakan. Nyums!

Di sini juga anda boleh memesan daripada makanan berat hinggalah ke dessert. Kami telah kesemua menu di bawah, dan rata-ratanya memang sangat sedap. Kami bagi 5 bintang!

Appetizier

Untuk pembuka selera kesemua menu di bawah ini. Bagi kami, Mango Chicken Salad dan Cheesy Nachos adalah favourite kami! 

Dari atas, Cheesy Beef Nachos (RM22.00), tengah, Guacamole (RM26.00) dan di bawah, Mango Chicken Salad (RM22.00).

Image via Nany Rahman/SAYS Seismik

Best seller menu

Tak dinafikan, kesemua best seller menu mereka ini sedap. Cukup rasa dan rempahnya. Anda patut cuba!

Chilli Chicken Ramen (RM30.00)

Thai Seafood Fried Rice (RM30.00)

Ficus Roti John (RM22.00)

Bukan setakat itu, ada juga menu lain yang dihidangkan di Ficus!

Kalau ada yang di atas tak kena dengan tekak anda, tak apa, ada banyak lagi menu menarik anda boleh cuba di sini tau.

Dari kiri, Pesto Pegaga pasta (RM27.00), kanan, Seafood Squid Ink Pasta (RM35.00) dan bawah (best menu) Chilli Chicken Ramen (RM30.00).

Image via Nany Rahman/SAYS Seismik

Pencuci mulut

Bagi penggemar dessert atau pencuci mulut, anda wajib untuk cuba merasa Pavlova atau Pengat Pisang mereka kerana ia adalah antara favourite juga di sini.

Dari atas, Pavlova (RM23.00) dan Pengat Pisang (RM22.00).

Image via Nany Rahman/SAYS Seismik

Dan tak sah lah kalau tak cuba minuman dari mereka. Kami pilih ice dan hot chocolate. Padu!

Ice Chocolate (RM11.00), Hot Chocolate (RM10.00).

Image via Nany Rahman/SAYS Seismik

Jadi, tunggu apa lagi korang? Jom try makan di Ficus Bistro ini! Bawa kawan dan family sekali okay! :D

Alamat:
36A, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi:
Selasa hingga ahad (11 pagi - 10 malam). Tutup pada Isnin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: