makan

7 Restoran Thai 'Muslim-Friendly' Di Klang Valley Selain Absolute Thai. Rasa Autentik!

Sawadeekap, tak perlu travel jauh-jauh dah. Puaskan tekak anda di Malaysia je.

Cover image via recipietineats (Blogspot) & BANNGKOK Street Food (Facebook)

Ngidam nak rasa makanan Thailand? Tapi ughhh mana nak dapat?

Image via GIPHY

Lepas baca ni, confirm korang tau mana nak makan makanan Thailand yang sedap! 

Restoran Thailand area Klang Valley:

1. Streat Thai, Petaling Jaya

Image via @streatthai

Restoran ini menghidangkan pelbagai menu comfort food Thailand yang pasti akan menggamit selera sesiapa sahaja. Selain hidangan utama, anda juga boleh cuba menikmati pelbagai desserts seperti pulut mangga, Thai shaved ice, coconut aiskrim dan lain-lain. Pastikan anda cuba green curry di sini. So creamy.....

Alamat:
The School, 100-G-001,
No. 72A Jalan Universiti,
Petaling Jaya,
46200, Selangor.

Dapatkan maklumat cawangan-cawangan lain di sini.

Waktu operasi:
Ahad hingga Khamis (11:30am-10:00pm) 
Jumaat hingga Sabtu (11:30am-11:00pm) 

Facebook I Instagram

2. Mr. Tuk Tuk, Shah Alam

Nak makan makanan Thailand berlauk? Mr. Tuk Tuk lah tempatnya! Lauk-pauk Thailand yang sedap, harga mampu milik pulak tu. Sesuai untuk makan bersama keluarga. Dapatkan lunch set bersama air yang popular recommended by chef! 

Alamat:
LG-69, Setia City Mall, 
No 7, Persiaran Setia Dagang,
Bandar Setia Alam,
Seksyen U13,
40170, Shah Alam,
Selangor.

Dapatkan maklumat cawangan-cawangan lain di sini. 

Waktu operasi:
Setiap hari (10am-10pm)

Facebook I Instagram

3. Soi 55 Thai Kitchen, Mont Kiara

Tak cukup lagi? Nah restoran yang juga menyajikan pelbagai lauk-pauk Thailand yang akan membuatkan perut anda semua berdangdut. Harga yang tak terlalu mahal, boleh order banyak-banyak! Confirm tak menyesal. Jangan lupa cuba nasi goreng nanas yang sedap, onz teruk!

Alamat:
Solaris 16 Jalan Solaris 5,
Mont Kiara ,Solaris,
50480, KL.

Dapatkan maklumat cawangan-cawangan lain di sini.

Waktu operasi:
Setiap hari (11am-11pm)

Facebook I Instagram

4. BANNGKOK Street Food, KL

Lebih dari 100 Thai street food boleh didapatkan di sini. Apa yang paling famous? Lok lok ala Thai dan Maggi seafood tomyam. Terliur dah tengok makanan kat atas ni. Emmm, sedapnya. Ajak kawan-kawan dan keluarga ke sini, order semua makanan yang ada. Barulah dapat merasa kelainan. Jom thai food-hunting!

Alamat:
Jalan Langkawi,
Taman Danau Kota,
53000, Kuala Lumpur.

Waktu operasi:
Setiap hari (4pm-12am)

Facebook

5. Aroi Thai, KL Gateway Mall

Kepada sesiapa yang makan tak banyak and nak portion kecil, haa tempat ni sesuai untuk korang. Mana tak nya, makanan semua dihidangkan dalam mangkuk kecil. Setiap satu hidangan makanan atau minuman berharga RM3 sahaja. Order banyak-banyak and stack it up! Jangan lupa order ayam goreng, kriuk kriuk.

Alamat:
Lot-G 24,25 & 26,
KL Gateway Mall,
59200, Kuala Lumpur.

Waktu operasi:
Setiap hari (10am-10pm)

Facebook

6. Boat Noodle, IOI City Mall

Kepada penggemar mi, Boat Noodle tawarkan pelbagai perisa mi seperti Pathumthani dan Ayutthaya. Ada dua pilihan sama ada nak ayam atau daging. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Sangkaya.

Alamat:
Lot L2-19-A & 19B,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
60502, Putrajaya,
Malaysia.

Dapatkan maklumat cawangan-cawangan lain di sini.

Waktu operasi:
Setiap hari (10am-10pm) 

Instagram

7. Amphawa Thai Tea & Co, Mid Valley

Tomyam yang creamy ini sumpah onzz teruk! Pedas-pedas masam, 5 mangkuk pun tak cukup. Cuba juga pad thai goreng dan roti peanut butter. Minum bersama Thai green tea atau Thai red tea. Yummy, kenyang perut!

Alamat:
Level 3, Lot T,
Mid Valley Megamall, 045, Lingkaran Syed Putra,
59200, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat cawangan-cawangan lain di sini.

Waktu operasi:
Setiap hari (10am-10pm)

Facebook I Instagram

Perut dah berbunyi ni, jom pergi restoran Thailand!

Check out artikel-artikel lain:

You may be interested in: