seismik

Team Kami Telah Cuba 'Pencuci Mulut' Lazat Dari Kafe Instagrammable, Ini Pendapat Kami

Jom baca review kami di bawah!

Cover image via SAYS Seismik/ Ellina

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak sukakan desserts yang manis, segar dan sedap bukan?

Selalunya, bila dah habis makan main course, memang kita cari port dessert yang best. Kalau boleh nak yang ada banyak pilihan dan tempat pun instagrammable nak lepak dengan kawan-kawan. 

Bila kawan tanya nak lepak mana makan dessert je mesti tak tahu nak jawab apa kan? Jom kali ini, kita bawa anda semua pergi ke kafe baru! 

Sugirl Desserts menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut khas Malaysia!

Sugirl Desserts telah membuka cawangan keduanya di Setia City Mall, Setia Alam. Cawangan pertamanya di Glomac Centre, Petaling Jaya.

Cawangan kedua kali ini sangat unik kerana konsepnya yang instagrammable. Bukan saja mempunyai pokok ungu yang besar di tengah-tengah kafe, setiap sudut juga dipenuhi dengan dekorasi ungu dan interior yang minimalis.

Pencuci khas yang mempunyai keunikan dan identiti Malaysia

Kalau anda nak tahu, banyak jenis pencuci mulut yang ditawarkan di sini tau. Memang rambang mata dibuatnya, tak tahu nak pilih yang mana. Last-last, order saja semua sebab nampak sedap.

Kali ini, kami akan berikan honest review tentang desserts yang kami dah try supaya anda boleh pesan next time pergi sini. 

1. Durian Galaxy (RM20.90) - Best seller

Siapa yang sukakan durian boleh order desserts ini. Rasa lemak berkrim, dicampurkan dengan durian D24 memang sedap rasanya.

Dalamnya ada juga sagu, taro balls, pulut bunga telang memang boleh blend in dengan bahan yang lain. Overall, rasa manis dan lemak berkrim memang sesuai dengan tekak Melayu. 

2. Sugirl Galaxy (RM15.90)

Sugirl Galaxy ini merupakan fruity series. Jika anda sukakan buah-buahan, anda boleh cuba desserts ini. 

Dalam hidangan ini, ada tembikai, mangga, nangka, taro balls dan sagu. Rasa bersusu dan manis nangka itu melazatkan lagi hidangan. 

Honest review, dessert ini tak manis sangat, jadi sesiapa yang suka kurang manis boleh try! Manis dari nangka pun dah sedap. 

3. Mochi with Bentong Ginger Soup (RM13.90)

Haa yang ini mungkin ada yang tak kena dengan tekak tapi banyak tau manfaat minum air halia ni. Boleh buang angin dalam badan. Halia yang digunakan merupakan halia asli dari Bentong, Pahang. 

Rasa halia memang kuat sikit, tetapi bila makan dengan bebola pulut memang manis rasanya. Dalam bebola pulut ada perisa kacang merah, kacang tanah dan bijan.

4. Watermelon Strawberry Sago (RM14.90)

Kalau anda nak cari desserts yang manis semula jadi dari buah-buahan dan rasa refreshing, boleh cuba pencuci mulut tembikai ini.

Dia bukan saja rasa manis tau, dia ada rasa masam juga kerana ada puri strawberi yang dicampurkan ke dalam. Memang hilang terus rasa cuaca panas!

5. Croffle Salted Caramel Biscoff & Cream (RM14.90)

Masih lagi craving makanan manis? Biscoff lah jawapannya. Anything with Biscoff memang sedap kan?

Croffle dia memang rangup dan lembut. Ditaburkan dengan Biscoff dan krim memang buatkan rasa croffle itu manis dan lengkap. Must try!

6. Mango Pulut (RM16.90) - Best seller

Mango Pulut disini memang unik. Pulutnya diperbuat daripada empat bahan yang berbeza. Antaranya, perisa bunga telang, pandan, Thai tea dan sirap ros. 

Dimakan dengan mangga dan santan, memang lengkap rasanya. Sekali ngap pasti nak lagi!

Jangan lupa ambil gambar di pokok instagrammable dekat sini tau!

Lokasi & Waktu operasi: 
- Glomac Centro, PJ (12pm-10pm)
- Setia City Mall (12pm-10pm)

Tunggu apa lagi? Semua nampak sedap kan? Lepas ini jangan cakap tak suggest tau! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: