seismik

Eh Kat Mana Kedai Makan Daging Merah Loqstaq Ni? Sampai Ramai 'Betoi' Artis Mai Cuba

Tobat sedap baq hang!

Cover image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Tahukah anda kini terdapat satu kedai makan yang sedang hot dengan menu daging merahnya? Apa yang mengejutkan kami adalah kedai makan ini sering dikunjungi oleh golongan artis.

Ashraf Muslim (kiri) bersama rakannya.

Image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Wan Sharmila (kiri) dan Arja Lee (kanan).

Image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Nora Danish (kiri) bersama pasangan.

Image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Tengoklah yang datang makan pun bukan calang-calang artis. Ashraf Muslim, Wan Sharmila, Arja Lee dan Nora Danish pun ada.

Inilah kedai Daging Merah Loqstaq yang terletak di Kg Sg Penchala (Simpang 3, Masjid Penchala). Kedai makan ini menawarkan set Nasi Daging Merah yang sangat sedap dan original dari Kedah!

Kedai makan ini mula beroperasi pada 18 Februari lalu dan dikhabarkan sehingga kini, Daging Merah LoqStaq sentiasa mendapat sambutan ramai. Ia dibuka pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad, bermula jam 10.30 pagi hingga jam 3.30 petang.

Selain set Nasi Daging Merah, set Nasi Lemak Ayam Rempah juga dijual di sini dengan harga RM6.50 per set. Dan yang paling penting air minuman diberi secara PERCUMA!

Dalam masa yang sama, Daging Merah Loqstaq juga menyediakan servis delivery di sekitar kawasan Kg. Sungai Penchala buat sesiapa yang tidak berpeluang untuk singgah ke kedai makan ini. Bagaimanapun, minimum order hanyalah sebanyak 20 bungkus pada satu-satu masa.

Nampaknya tagline "tobat sedap baq hang" betul-betul memberi tuah kepada kedai makan ini. Boleh dikatakan hari-hari mesti penuh dengan orang ramai.

Diingatkan kepada mereka yang ingin mencuba makanan di sini supaya datang llebih awal. Jika anda terlambat sedikit alamatnya melepaslah peluang anda untuk mencuba makanan di sini. Bayangkanlah bagaimana hebatnya kedai makan ini, hanya berniaga dalam masa 5 jam saja sudah mampu menghabiskan jualan. Power kan?

Tengok tu Ezad Exist serta pasangan suami isteri Linda Rafar dan Syed Aiman juga sudah mencuba

Ezad Exist (kanan) bersama pasangan.

Image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Linda Rafar & Syed Aiman.

Image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Buat pengetahuan anda, kedai Daging Merah Loqstaq di Kg Sg Penchala ini merupakan cawangan pertama Nasi Azmi Jalan Sultanah di Alor Setar, Kedah

Lokasi Nasi Azmi adalah di Medan Selera sebelah Petron/Shell Jalan Sultanah, Alor Setar (gerai paling belakang).

Dan kalau anda nak tahu juga, pemilik perniagaan ini adalah ibu kepada saudara Zuan Azmi iaitu wartawan hiburan TV yang cukup terkenal. Ibunya telah memulakan perniagaan ini sejak hampir 30 tahun lalu di Alor Setar.

Zuan Azmi.

Image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Azwan Kombos (kanan) dan pasangan.

Image via Daging Merah Loq Staq/Facebook

Benarlah kata orang, bila sudah ada nama ni memang mudah kita dapat perhatian ramai dan rezeki pun akan bertambah. Nampaknya brand yang ada pada diri Azuan ini disalurkan ke arah bisnes sendiri pula. Syabas kami ucapkan!

Untuk maklumat lanjut sila layari:
Facebook Daging Merah Loqstaq

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bagaimana dengan yang ini. Sudah cuba belum?

You may be interested in: