Selain Boleh Bayar Parking Kereta, Ini Antara Kegunaan Lain Kad ATM MyDebit Anda Kena Tahu
MyDebit je dengan kad ATM anda!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Paynet.
Seperti umum ketahui, peredaran zaman kini telah membawa teknologi ke suatu tahap yang lebih maju
Masyarakat kini juga dilihat lebih selesa menjadi 'cashless society' berbanding dahulu yang memegang wang tunai.
Oleh itu, dengan adanya kad ATM MyDebit, ia dapat menjamin keselamatan, keselesaan dan lebih mudah kerana tidak perlu membawa kepingan wang yang banyak. Kini, dengan sekeping kad sudah lebih memudahkan. Easy peasy!
Kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak lagi kegunaan kad ATM MyDebit yang anda mungkin tidak pernah dengar
Selain boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai, kad ATM MyDebit anda juga banyak fungsinya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakannya untuk membayar barangan yang dibeli. Dengan menggunakan sekeping kad saja, senang kan?
1. Bayar parking menggunakan MyDebit
Anda tidak perlu lagi membazir masa untuk beratur di mesin autopay. Jadi, jimatlah masa anda, tak perlu nak mencari mesin autopay. Kadang ada pula mesin autopay yang tidak mahu menerima duit yang renyuk. Mesti geram kan!
Bukan setakat itu, anda juga tidak akan mengalami risiko untuk membayar denda apabila tiket anda hilang. Kalau nak keluar daripada parking, tinggal tap and go guna kad ATM MyDebit saja.
2. Bayar dengan jumlah yang tiada had minimum
Bayangkan anda sedang berada di kedai serbaneka untuk membeli sebotol air saja, tetapi anda tidak mempunyai wang tunai. Jangan risau, anda boleh bayar menggunakan MyDebit saja. Tidak kisah amaun barangan anda bernilai serendah RM1, tinggal wave saja. So convenient!
3. Bayar dengan pantas di vending machine
Berita baik untuk pelanggan mesin gedegang, anda kini boleh MyDebit je dengan kad ATM anda untuk membeli pelbagai barangan yang ada di vending machine, contohnya makanan atau air tin dan pelbagai lagi. Tidak perlu lagi masukkan duit sekeping-keping lagi! Memang cepat dan pantas transaksi itu.
4. Bayar petrol anda menggunakan MyDebit
Seperti semua tahu, kaunter di stesen petrol memang penuh orang. Kadang, anda perlu beratur untuk mengisi minyak kereta atau motosikal bukan? Anda kini boleh menggunakan kad ATM MyDebit anda untuk mengisi minyak di stesen-stesen Petron, tidak perlu masuk ke cashier lagi bersesak lagi! Tak perlu risau sebab tiada caj pra-kebenaran ditolak dari baki akaun.
5. Lebih mudah dengan pembayaran menggunakan 'Tap On Phone'
Yang paling best, anda boleh menggunakan kad ATM MyDebit di mana saja anda berada terutamanya di perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Tidak kisahlah anda berada di kedai runcit, bazaar atau gerai sekalipun. MyDebit je!
Berita baik untuk peniaga, jika anda tidak mempunyai mesin MyDebit, kini anda boleh menggunakan telefon pintar saja. Tap On Phone saja, hanya perlu tap kad anda pada telefon pintar. Tiada sewa bulanan tau!
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman utama Ambank, CIMB, Hong Leong Bank, Maybank, RHB bank, OCBC, Public Bank, Bank Islam, Fasspay dan Razer untuk aktifkan Tap On Phone di premis perniagaan anda.
Banyak kan kegunaan MyDebit? Haa guna MyDebit saja lepas ni!
Tidak perlu bawa wang tunai berkepok-kepok, tidak perlu berbelanja mengikut nafsu, bebas hutang, mudah digunakan dan selamat, siapa tak nak?
Tunggu apa lagi, jom gunakan kad ATM MyDebit untuk lakukan transaksi pada masa akan datang. Memang senang, sekali wave saja atau tekan nombor PIN, settle dah shopping!
Menariknya, kesemua 22 bank dalam negara mengambil bahagian melalui MyDebit ini. Antaranya:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!