seismik

Melecur Di Muka, Tangan & Badan, Bilal Disimbah Minyak Lalu Dibakar Individu Tak Dikenali

Kejamnya!

Cover image via Republika

Pada hari ini, pelbagai bentuk jenayah dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia

Tanpa mengira siapakah mangsanya, individu tidak bertanggungjawab ini sanggup bertindak keji dengan merosakkan kehidupan insan lain semata-mata untuk memenuhi nafsu dan keinginan mereka.

Terbaru di Kedah, seorang bilal masjid berdepan detik paling mengerikan dalam hidupnya apabila dia dibakar hidup-hidup oleh individu tidak dikenali.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku di sebuah masjid yang terletak di Alor Setar

Gambar sekadar hiasan

Image via Rasanah

Laporan itu menyebut, seorang bilal di Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat telah disimbah minyak sebelum dibakar oleh individu yang tidak dikenali kira-kira jam 6 pagi tadi.

Akibatnya mangsa, Amri Budin yang berusia 65 tahun melecur teruk di beberapa bahagian anggota termasuklah di muka, tangan dan badan sebelah kirinya.

Menantu mangsa Jarina Awang berkata, sebelum kejadian bapa mentuanya masuk ke dalam kawasan masjid dengan menaiki motosikal sebelum berjalan di luar masjid itu untuk mendapatkan maklumat tentang kuliah agama yang ditampal di situ.

Namun ketika dia sedang melihat maklumat tersebut, wanita ini berkata bapa mentuanya kemudian melihat satu motosikal yang dinaiki individu tak dikenali dengan memakai topeng muka.

“Memang setiap pagi ayah akan pergi ke masjid untuk azan Subuh. Tetapi hari ini, semasa sedang tengok maklumat mengenai kuliah agama, dia nampak ada satu motosikal yang dinaiki individu tidak dikenali yang memakai topeng muka datang ke arahnya.

“Individu itu terus simbah minyak sebelum menyalakan api. Jemaah masjid yang sedar dengan kejadian itu terus bantu padamkan api dan buka baju ayah sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi abang ipar saya,” katanya.


Susulan daripada kejadian itu, Jarina berkata bapa mentuanya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh abang ipar serta isterinya untuk mendapatkan rawatan

Gambar sekadar hiasan

Image via Astro Awani

Dia dalam pada itu memaklumkan bahawa bapa mentuanya itu berada dalam keadaan sedar namun muka, tangan dan badannya melecur malah ada juga kulitnya yang telah menggelupas.

Katanya, laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

“Abang ipar sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kira-kira pukul 9 pagi tadi dan saya harap polis dapat menahan individu berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengesan suspek.

Takutnya zaman sekarang ni. Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak di SAYS:

You may be interested in: