'Datang Hospital Balik Bila Dah Tenat' - Kecewa Seorang Doktor Bila Pesakit Tak Ikut Cakap
"Kami manusia biasa juga ye, kami sangat frust dgn pesakit mcm ni." - Rafidah Abdullah
Tugas seorang doktor bukanlah satu tugas yang mudah. Segala pengharapan diletakkan ke atas bahunya bagi memastikan setiap pesakit beransur pulih daripada penyakit yang dihidapi.
Apatah lagi sekiranya pesakit betul-betul di tahap kritikal, pastinya seorang doktor ingin memberikan yang terbaik buat pesakit mereka. Namun, bagaimana pula sekiranya segala saranan yang diberikan doktor tidak diambil peduli oleh pesakit? Sehingga membahayakan nyawa pesakit?
Baru-baru ini, satu post seorang doktor di Facebook menjadi viral apabila menceritakan keadaan seorang pesakit buah pinggang yang agak menakutkan kerana tidak mengikut saranan doktor
Pesakit tersebut memilih untuk menuruti nasihat doktor homeopati bagi memulihkan penyakit yang dihidapinya itu. Tetapi, bagi Dr Rafidah Abdullah, beliau amat kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pesakit tersebut kerana pesakit tersebut boleh dikatakan berada di tahap yang sangat tidak baik.
Kekecewaan seorang Doktor bila pesakit hampir maut
Bacalah nukilan rakan seperjuangan #MedTweetMY, Dr Hafizah. Ini lah cara nya sesetengah dari kami meluahkan kesedihan atau "frustration"; dgn menulis. Secara professional, kami tidak marah pesakit, tapi didalam hati Allah saja yang tahu!
Pesakit, 46 tahun. Perempuan, anak2 nya masih kecil. Bertahun Doktor Pakar Buah Pinggang menjaga fungsi buah pinggang beliau, yg tidak elok sejak 12 tahun lepas. Keadaan stabil sampai beliau buat keputusan untuk "hilang dari radar", tinggalkan ubat hospital 3 tahun lalu & menuruti "Doktor homeopati" katanya.
Nasihat "Doktor" berkenaan yg sangat TAK masuk akal:
1. Minum air banyak: mana boleh jika fungsi buah pinggang tak elok. Bak kereta yg enjin rosak, mana mungkin kita drive Johor - Perlis tiap2 hari!!
2. Jangan ikut Doktor, buah pinggang sebenarnya ok: mana dia tau, dia tak pantau pun dengan keputusan darah?!!
3. Jangan mula Dialisis nanti tak boleh berhenti. Memang la kalau kronik, tak boleh berhenti tapi mana pergi ahli keluarga? Dermalah salah satu daripada buah pinggang, insyaallah boleh berhenti Dialisis dgn cara itu.
Saya sangat berharap kalau tak mau Dialisis, JANGAN tinggalkan rawatan susulan bilamana fungsi buah pinggang dipantau. Kami TIDAK memaksa menjalankan Dialisis, memang hak asasi pesakit kami hormati.
Tapi jangan la sampai mcm ni, bacaan creatinine sudah 2888 umol/L (normal bawah 95). Datang hospital balik bila dah tenat. Kami manusia biasa juga ye, kami sangat frust dgn pesakit mcm ni. Menjalani rawatan Dialisis secara kecemasan & tidak dirancang - risikonya TERLAMPAU tinggi. Jangan sekali-kali anda membuat pilihan begini. "Doktor" tu, saya tak tau nak cakap apa sudah.
#JanganKacauPesakitKronik
Dr Rafidah Abdullah & Dr Hafizah
Pakar Buah Pinggang & Pegawai Perubatan, Perubatan Dalaman #MedTweetMY
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!