Kelibat Basikal Roda Tiga Warga Asing Di KL Resahkan Warga Kota – “Macam Negara Ketiga”

Difahamkan, situasi itu dikatakan semakin kerap dilihat di kawasan pusat bandar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang menganggap Kuala Lumpur semakin moden dengan pembangunan pesat, sistem pengangkutan yang semakin baik dan pelbagai projek menaik taraf infrastruktur

Namun, satu perkongsian di media sosial baru-baru ini membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada imej ibu kota benar-benar mencerminkan status sebuah negara yang sedang menuju negara maju.

Seorang pengguna Threads berkongsi gambar memaparkan beberapa individu dipercayai warga asing mengayuh basikal roda tiga di sekitar Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian itu, pengguna dikenali sebagai @langka_569 meluahkan rasa kecewa apabila situasi tersebut dikatakan semakin kerap dilihat di kawasan pusat bandar.

Menurutnya, kehadiran basikal roda tiga di jalan raya utama bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah seolah-olah memberi gambaran negatif terhadap imej Kuala Lumpur.

"Bila last korang tengok basikal roda tiga kat tengah bandar KL? Negara kita dah menuju negara maju, tapi datang puak hanyut ni terus jadi macam negara dunia ketiga," tulisnya.

SAYS.com
Image via Threads

Dalam masa sama, dia turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang didakwa masih belum mengambil sebarang tindakan walaupun mendakwa situasi itu berlaku hampir setiap hari

"@dbkl.threads takkan tak perasan kot. Aku yang tak buat kerja rondaan ni pun hari-hari jumpa. Ni tengah-tengah bandar ni, kat Jalan Dang Wangi," katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, ramai pengguna turut berkongsi rasa kurang senang dengan situasi tersebut.

Ada yang berpendapat penggunaan basikal roda tiga di jalan raya utama boleh mengganggu aliran trafik selain berpotensi mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.

Malah, ada juga yang menggesa pihak berkuasa memperketatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan sedemikian jika digunakan di kawasan yang tidak sesuai.

Seorang pengguna turut berkongsi pengalaman melihat situasi hampir sama di kawasan Seri Kembangan.

"Ni ok lagi. Maklong terus nampak kereta lembu kat tengah-tengah bandar Seri Kembangan, urut dada masa nampak tu," katanya.

Isu imej bandar dan keselamatan terus jadi perhatian

Perkongsian itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai aspek kebersihan, penguatkuasaan serta pengurusan ruang awam di ibu kota.

Walaupun ada yang melihatnya sebagai isu imej bandar, sebahagian netizen pula berpendapat perkara yang lebih utama ialah memastikan penggunaan jalan raya mematuhi undang-undang dan tidak membahayakan pengguna lain.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian yang tular tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: