Kembali Hosting Macam Biasa, Netizen Label Mira Penyondol Muka Tebal & Tak Tahu Malu
Mungkin ramai bengang sebab dia tak ada minta maaf secara umum.
Satu Malaysia sudah tahu tentang kes curang melibatkan influencer View Chin dan pekerjanya sendiri iaitu Mira
Rumah tangga View Chin dan bekas isterinya, Ah Moi bergolak selepas dikatakan diganggu oleh pihak ketiga. Lebih menyakitkan hati, orang ketiga itu adalah pekerja di syarikat mereka sendiri yang juga diangkat sebagai 'top host model'.
Walaupun View Chin dan Mira menafikan hubungan skandal mereka yang menjadi punca perceraiannya, namun Ah Moi tegas mengatakan dia mempunyai bukti mengenai mereka dan akan menunjukkan di mahkamah tidak lama lagi.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang dimuat naik oleh Mira memaparkan dirinya kembali aktif hosting menjual barang telah menerima kecaman ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dakwa mental dah penat dan ingin mulakan hidup baru, tapi makin ramai meluat tengok
Menerusi rakaman tersebut, ia menunjukkan Mira kembali aktif di TikTok syarikatnya dengan menjadi host sambil menjual pelbagai barangan.
Dapat dilihat, dia masih mampu tersenyum dan bertindak seolah tiada apa-apa yang pernah berlaku sebelum ini.
Walau bagaimanapun, dia tidak mendapat sokongan daripada netizen, malah dia dikecam dengan lebih teruk kerana tiada sifat tahu malu selepas apa yang terjadi.
"Assalamualaikum semua, let’s go start your work with a smile. Mental meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik," katanya.
"Maaf tak ada apa tak ada, selamba kau je nak move on gitu. We need an open apologize. Berani kerana benar, takut kerana salah. Shame on you!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 226K views dan 1.3K comments di Instagram, rata-rata netizen turut melemparkan pelbagai kecaman terhadap Mira kerana masih geram dengan tindakannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!