Kembar 4 Daftar Universiti Serentak Raih Perhatian, Pilih Program Yang Sama
Keempat-empat mereka kini berusia 23 tahun.
Cover image via UTHMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kembar empat dari Kota Bharu, Kelantan curi perhatian ramai selepas mendaftar serentak sebagai pelajar baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
UTHM dalam kenyataannya memaklumkan Abid Muttaqin Md Khairuddin, Amir Muttaqin, Aniq Muttaqin dan Adib Muttaqin, 23, merupakan antara 3,302 pelajar baharu program sarjana muda yang mendaftar bagi Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027 semalam.
Lebih menarik, eempat-empat mereka memilih program yang sama, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dengan Kepujian di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), selepas masing-masing memperoleh Sijil Penilaian Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN).
"Peluang menyambung pengajian di sini mencetuskan rasa gembira dan teruja selain berdebar kerana perlu berhijrah jauh dari Kelantan dan ia merupakan pengalaman pertama kami masuk universiti," kata mereka.

Belajar bersama-sama lebih memudahkan perjalanan pengajian
Abid Muttaqin berkata belajar bersama tiga adik-beradiknya memberi kelebihan kerana mereka boleh mengulang kaji, menyiapkan tugasan serta saling membantu sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa.
Ibu mereka, Rusmaizuati Mukhatar, 49, seorang suri rumah, berkata antara cabaran yang dihadapi ialah menyediakan kira-kira RM10,000 bagi kos pendaftaran keempat-empat anaknya serentak, namun beliau dan suaminya Md Khairuddin Musa, 50, seorang guru, bersyukur kerana sentiasa dipermudahkan rezeki.
Sementara itu, UTHM memaklumkan pendaftaran pelajar baharu itu membabitkan lapan fakulti di kampus induk Parit Raja dan Kampus Pagoh, dengan kesemua pelajar mengikuti Minggu Haluan Siswa dari 13 hingga 18 September.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


