Soalan 'Racist' Kertas UPSR Adalah Palsu, Tiga Individu Akan Disiasat - Kementerian
Jangan sebarkan berita palsu!
Baru-baru ini kecoh apabila 'kononnya' soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 berbaur perkauman tersebar luas di media sosial. Soalan berunsur perkauman itu dikatakan terkandung di dalam subjek Bahasa Malaysia Kertas 2.
Apabila gambar soalan itu tersebar luas, seperti biasa pastinya ia mengundang komen negatif netizen yang rata-rata tidak senang dengan perkara tersebut
Namun, perkara itu dinafikan Kementerian Pendidikan semalam. Hasil siasatan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati soalan itu bukan soalan yang terdapat dalam peperiksaan seperti yang dikhabarkan.
"Kementerian Pendidikan amat kesal dengan kenyataan yang tidak benar ini. Sebenarnya soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh Lembaga Peperiksaan melalui proses penilaian bagi memastikan kecukupan kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan."
"Pihak Lembaga Peperiksaan amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutama dalam konteks soalan peperiksaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan juga, semalam telah menyerahkan laporan rasmi berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Menurutnya, pihak MCMC berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut catatan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Kamalanathan berkata beliau turut menyerahkan tiga cetakan skrin individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.
freemalaysiatoday.com"Ini harus menjadi satu pengajaran kepada semua pengguna media sosial agar tidak menyiarkan sebarang berita tanpa menyemak kesahihan," katanya lagi.
sinarharian.com.myInginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!