seismik

"Kena Seksa Tidur Dalam Tandas" - Ustaz Tergamak Hukum Pelajar Tahfiz Di Madrasah

Difahamkan, kes ini sedang dalam siasatan pihak polis.

Cover image via @mynewshub (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang ustaz memukul pelajar tahfiznya

Menerusi video itu, pelajar itu disepak, dipukul dan dilanyak ustaz ketika sedang belajar di ruangan.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku sejak lebih setahun lalu membabitkan tenaga pengajar kanan di madrasah berkenaan yang sudah ditahan polis.

Lebih mengejutkan, operasi pusat pengajian itu turut disokong oleh seorang ahli politik dari pantai timur, peguam serta pengamal perubatan. Ia dikesan mengutip dana daripada orang ramai kononnya untuk membiayai pembinaan sebuah surau namun tidak pernah disiapkan sehingga kini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via YouTube

Ramai yang menghantar anak ke pusat tahfiz namun tak pernah tahu anak mereka diseksa

"Di sini ada lebih 40 penghuni berusia antara 10 hingga 17 tahun yang dihantar keluarga untuk belajar agama.

"Sebaliknya pula yang berlaku apabila pelajar dipukul tenaga pengajar sehingga cedera, malah lebih teruk ada yang menjadi mangsa gangguan seksual.

"Mangsa tidak berani buat laporan polis kerana bimbang dimarahi serta tiada pilihan, selain terus tinggal di situ kerana masalah keluarga.

"Ada yang memaklumkan kepada pelajar lain mengenai nasib mereka termasuk pelajar yang dipaksa tidur di tandas kerana buat salah. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada institusi agama," kata sumber yang membuat laporan polis. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: