seismik

Ini 4 Sebab Kenapa Ada Orang Jenis Kuat Makan Tapi Badan ‘Maintain’ & Tak Pernah Gemuk

Mesti pelik kan?

Cover image via informai.com.br

Sama ada anda perasan atau tidak, anda pasti ada seorang kawan yang suka makan dan makan banyak tetapi badan tetap maintain dan tak pernah gemuk

Kadangkala tengok mereka ni makan kalah orang tak makan seminggu, tetapi badan masih tetap maintain dan tak pernah naik langsung. Bila tengok badan sendiri, terus tertanya-tanya...

"KENAPA?? KENAPA??"

Image via giphy.com

Kebiasaannya yang kita tahu, faktor seseorang yang menjadi gemuk itu juga adalah disebabkan cara pemakanan mereka.

Menurut laman web Beginner Triathlete, pakar mengatakan apabila seseorang itu makan terlalu banyak atau melebihi had, kira-kira 85% daripada kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dan selebihnya akan hilang dalam bentuk haba.

Sel-sel lemak yang berlebihan berkembang dan menyimpan tenaga. Untuk pengetahuan anda, orang berbadan gemuk umumnya mempunyai simpanan lemak yang cukup untuk bertahan setahun atau lebih.

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang makan banyak tetapi tetap maintain tak gemuk-gemuk?

Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengapa perkara ini terjadi:

1. Non-exercise activity thermogenesis (NEAT)

Individu seperti ini sebenarnya adalah lebih aktif berbanding individu lain. Jadi, mereka membakar lebih banyak kalori dalam sehari. Bagaimanapun, individu seperti ini tidak perlu menghabiskan masa mereka di gym selalu kerana mereka mungkin terlibat dalam amalan non-exercise activity thermogenesis (NEAT) menurut Majlis Latihan Amerika (ACE).

NEAT adalah aktiviti fizikal ringkas contohnya ketika anda berdiri dan berjalan semasa dalam panggilan telefon, potong bawang ketika memasak malahan melagakan kedua-dua ibu jari ketika duduk pada meja kerja anda.

Menurut ACE, melakukan NEAT sepanjang hari dapat meningkatkan metabolisme anda sehingga 50%. Jadi, jika anda biasa membakar 2,000 kalori sehari, NEAT dapat membantu anda membakar hingga 3,000 kalori setiap hari.

2. Lean muscle tissue

Otot mengambil lebih banyak kalori untuk terhasil dan maintain. Jadi semakin banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori yang anda bakar walaupun sewaktu tidur. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengatakan anda boleh meningkatkan metabolisme anda sehingga 15% dengan membina lebih banyak otot.

Jadi lihat semula, jika ada rakan anda yang makan banyak tetapi badannya tidak pernah gemuk, mungkin mereka membina lebih banyak otot pada badannya.

3. Faktor 'fat-gene'

Image via Hipwee

Seperti laporan ABC Science bertarikh 14 May 2012, menurut Profesor Michael Cowley, Pengarah Institut Obesiti dan Diabetes, Universiti Monash, Australia, 60 hingga 70 peratus berat badan kita ditentukan oleh gen kita.

Saintis telah mengenal pasti kurang daripada satu per lima gen yang terlibat. Info genetik akan bercantum dan menghasilkan individu baru dari pembiakan seksual.

Ramai di antara kita masih membawa fat-gene yang menyebabkan berat badan berlebihan kerana badan tidak akan mengubah respon terhadap makanan yang dimakan.

4. Respon gula darah berbeza

Image via BONDISTRY

Setiap orang mempunyai respon gula yang berbeza-beza pada makanan yang sama. Selama beberapa dekad, menurut National Geographic Indonesia ahli sains telah menggunakan Indeks Glikemik (IG) untuk menentukan bagaimana makanan tertentu meningkatkan level gula darah.

Ini bermakna semakin tinggi IG sesuatu makanan, semakin tinggi paras gula darah setelah anda memakannya yang mana menyebabkan tubuh melepaskan insulin atau lebih dikenal sebagai hormon "penyimpanan lemak".

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel menarik di SINI:

More stories to read: