Kenapa Ada Pasukan Pakai Warna Lencana Piala Dunia & Berbeza Pada Lengan Jersi?

Boleh pula lain-lain warna ya?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Footy Headlines & RTE

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda menonton perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 baru-baru ini melibatkan Brazil, pasti anda akan perasan sesuatu yang berbeza pada lencana pertandingan di lengan jersi

Perkara tersebut telah tular di media sosial menimbulkan perbincangan antara netizen mempersoalkan mengapa lencana tersebut berbeza daripada pasukan lain yang bertanding.

Dalam perlawanan yang melibatkan Brazil menentang Maghribi terbabit, penonton dilihat membandingkan warna lencana pertandingan pada jersi Brazil memiliki warna emas manakala pasukan Maghribi dengan warna putih dan hitam.

Jadi apa penjelasan sebenar di sebalik kelainan pada lencana pertandingan ini?

Kelainan pada edisi kali ini, negara-negara yang mengambil bahagian akan memakai lencana pertandingan berdasarkan sejarah kejayaan dalam kejohanan

Pasukan yang tidak pernah memenangi Piada Dunia FIFA akan menggunakan lencana Piala Dunia 2026 biasa, yang akan tersedia dalam varian warna putih dan hitam.

Antara pasukan yang telah dilihat menggunakan lencana tersebut ialah Mexico, Afrika Selatan, Korea Selatan, Republik Czech, Kanada, Bosnia & Herzegovina, Qatar, Switzerland, Maghribi, Haiti, Scotland, Amerika Syarikat, Paraguay, Australia dan Turkiye.

Sementara itu, bekas juara Piala Dunia akan menerima reka bentuk lencana eksklusif yang menampilkan warna emas melibatkan tujuh pasukan yang menyertai kejohanan pada edisi kali ini.

Tujuh negara tersebut ialah Brazil, Argentina, England, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Uruguay masing-masing pernah memenangi piala berkenaan.

SAYS.com
Image via Reuters

Empat variasi reka bentuk lencana yang tersedia

Bagi pasukan yang pernah bergelar juara Piala Dunia FIFA, pasukan kebangsaan masing-masing akan mengenakan dua variasi lencana berwarna emas yang berbeza.

Kelainan antara dua lencana ini adalah pada penggunaan warna pada ikon '26' dan latar belakangnya yang berbeza digunakan mengikut warna jersi memberi sifat kontra pada lengan baju.

Begitu juga dengan pasukan yang tidak pernah memenangi kejohanan ini, lencana yang dikenakan adalah variasi dua jenis lencana berwana putih dan hitam juga membawa konsep yang sama akan dipakai mengikut kesesuaian warna jersi bagi memperlihatkan kontra.

Bagi anda yang berminat untuk membeli jersi Piala Dunia FIFA, anda mungkin mahu mengikut konsep kelainan lencana pertandingan pada edisi kali ini.

SAYS.com
Image via Footy Headlines
SAYS.com
Image via Footy Headlines

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS