Kenapa Ada Pemain Bola Yang Ludahkan Balik Air Dari Botol Minuman Selepas Minum?

Macam pelik tapi ada penjelasan di sebaliknya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Sun & AFP/Goal.com

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernahkah anda nampak pemain bola sepak memasukkan air ke dalam mulut yang kemudiannya meludahkannya semula?

Anda mungkin pernah melihat pemain meneguk air dari botol air di pertengahan permainan, berkumur selama beberapa saat dan kemudian meludahkannya ke arah padang.

Mereka bukanlah sengaja membazir atau bertindak melakukan perkara menjijikkan. Sebenarnya ada penjelasan sains di sebaliknya.

SAYS.com
Image via AFP/Goal.com

Tindakan ini dipanggil kumur karbohidrat dan ia pada asasnya memperdaya otak anda

Teknik ini biasa digunakan oleh atlet yang menjalankan aktiviti memerlukan ketahanan, termasuk pemain bola sepak, penunggang basikal dan pelari maraton.

Daripada menelan minuman, atlet akan membilas dan berkumur mulut selama sekitar lima hingga 10 saat sebelum meludahkannya semula.

Perkara ini adalah lebih biasa daripada yang anda sangkakan di mana ia sering dilihat dilakukan semasa Piala Dunia FIFA 2018, apabila bintang seperti Harry Kane dan Cristiano Ronaldo dilihat melakukannya di hadapan kamera.

Kajian menunjukkan bahawa hanya dengan memasukkan karbohidrat ke dalam mulut boleh mengaktifkan reseptor yang menghantar isyarat ke bahagian otak yang berkaitan dengan motivasi, ganjaran dan kawalan motor.

Dalam erti kata lain, otak anda mengesan ada tenaga sedang disalurkan, walaupun sebenarnya tiada apa-apa yang ditelan. Rangsangan mental kecil itu boleh membantu atlet mengekalkan prestasi semasa tempoh aktiviti intensif yang panjang.

SAYS.com
Image via The Sun

Kenapa tak minum je air tu?

Semasa perlawanan bola sepak, pemain tidak selalunya mempunyai kelebihan untuk berhenti untuk minum dengan betul.

Meminum terlalu banyak cecair sekaligus boleh menyebabkan atlet terasa kembung badan atau tidak selesa semasa berlari, bergerak menukar arah dan melompat.

Menelan minuman bergula juga mengambil masa untuk ia dihadam, tetapi membilas mulut memberikan kesan merangsang otak hampir serta-merta.

Walau bagaimanapun, ia tidak menggantikan kesan untuk kekal terhidrat untuk tempoh yang lama. Sudah tentu, pemain bola sepak masih perlu minum air sepanjang aktiviti untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh.

Teknik berkumur bukan bertujuan untuk mencegah dehidrasi. Sebaliknya, ia hanyalah satu lagi strategi yang boleh memberikan rangsangan mental jangka pendek semasa aktiviti berintensiti tinggi.

Pemain biasanya dapat terhidrat dengan betul sebelum sepak mula, semasa separuh masa, selepas perlawanan dan apabila waktu rehat rasmi tersedia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS