seismik

Kenapa Penting? Ini Fungsi Kotak Hitam Pesawat Yang Akan Dicari Bila Berlaku Kemalangan

Kotak hitam ini juga dikenali sebagai black box.

Cover image via Liputan 6 (Gambar sekadar hiasan) & Kompas (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tragedi pesawat ringan yang terhempas semalam di Elmina menggemparkan seluruh rakyat Malaysia

Berikutan itu, 10 orang mangsa telah terkoban termasuk enam orang penumpang, dua orang kru pesawat dan dua orang awam.

Operasi pencarian kotak hitam telah dilakukan pada petang sehingga malam semalam. Pasukan operasi telah menjumpai kotak hitam tersebut dan telah dihantar untuk analisis lanjut.

Tidak dinafikan, apabila berlakunya kemalangan, sudah tentu perkara pertama yang dicari adalah kotak hitam pesawat. Apakah kotak hitam itu dan pentingkah ia?

Kotak hitam atau black box merupakan peranti rakaman yang digunakan dalam bidang pengangkutan termasuk udara dan laut

Walaupun dinamakan kotak hitam, tetapi ia sebenarnya berwarna oren. Hal tersebut kerana jika berlaku kemalangan, pasukan operasi mudah untuk mencari kotak hitam itu.

Image via CNN Indonesia

Kotak hitam terdiri daripada dua elemen iaitu perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit.

1. Perakam Data Penerbangan
- Mengandungi maklumat tentang arah, kelajuan dan ketinggian pesawat

Image via Riau Sky

2. Perakam suara kokpit
- Merakam perbualan kokpit, bunyi dan pengumuman yang berlaku di dalam kabin juruterbang. 

Image via IDN Times

Info yang ada dalam kotak hitam sangat penting

Kotak hitam ini penting adalah kerana kotak hitam akan merakam komunikasi antara juruterbang dan pengawal lalu lintas udara. Daripada kotak hitam ini juga dapat kita tahu udara dan keadaan cuaca selama penerbangan berlaku di atas.

Data yang terakam termasuklah:
- 25 jam maklumat penerbangan
- 2 jam audio kokpit
- 2 jam mesej digital

Fun fact, kotak hitam kebiasaannya berada di bahagian ekor pesawat dan susah untuk dihancurkan atau rosak apabila berlakunya kemalangan.

Selain itu, kotak hitam juga tahan karat namun ia perlu ditemukan secepat mungkin dan tidak lebih daripada sebulan. Hal ini disebabkan kotak hitam mempunyai pemancar signal yang dapat bertahan sehingga 30 hari atau sebelum baterinya habis.

Semoga anda dapat belajar ilmu baru.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: